BAB 7

Horror & Thriller Completed 1725

Tatkala aku menghampiri, tiba-tiba setiap wajah dan susuk tubuh manusia yang timbul tadi lenyap bagai angin yang menyapa.

Aku mengusap dinding itu perlahan-lahan. Tiada apa perubahan berlaku sama sekali. Ia masih sama, hanya dinding putih.

Ketika aku berpaling menoleh Mister Chen, aku sedar yang mereka sedang memerhatikan aku dengan pandangan yang sangat aneh sekali.

Mereka menghampiri aku dan aku mendapati wajah-wajah mereka itu kini mirip dengan wajah-wajah amarah yang terlihat pada dindinhg tempoh hari.

Aku tersentak dan berundur tetapi akhirnya disekat dinding, langkahku terhenti. Belum sempat aku meloloskan diri dari dinding, muncul beberapa tangan dari permukaan dinding yang baru itu lalu mencengkam pergelangan tangan dan kakiku kemudian seluruh tubuhku.

Aku bergelut dan meronta sekuat minta dilepaskan tetapi tidak berjaya, cengkaman tangan itu terlalu kuat.

Seraya itu Mister Chen tunduk memerhatikan tubuhku. Aku menghela nafas lega j kerana dia tidak meraba atau menyentuh apa-apa pada tubuhku. Kemudian, dia berpaling pada pekerja-pekerjanya yang cuma tinggal dua orang sahaja..

“Oi, kali ini tolong plaster elok-elok sikit. Buat kerja bagus-baguslah, Tak cantik langsung begini. Cuba tengok tak sampai seminggu sudah terkopak.”

Sejurus selepas dia berkata begitu, aku bagai dapat merasa yang seluruh lapisan kulitku merekah dengan sendirinya bagai sedang memakai masker dimuka tapi ini versi brutal.

Satu persatu lapisan kulit kering gugur di lantai. Tidaklah pula aku merasa sakit. Hanya sedikit dingin bagai ditiup angin pantai. Bahagian yang terkopak itu tidak kekal dengan warna kulitku yang sedikit tan ini. Ketika ia jatuh ke lantai, lapisan demi lapisan tersebut bertukar menjadi empingan-empingan cat putih kering. Tak lama kemudian, semakin banyak pula tangan muncul dari dalam dinding dan mencengkam tubuhku kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience