BAB 3

Horror & Thriller Completed 1725

Tubuhnya kurus benar tetapi wajahnya yang dimamah usia tampak berseri-seri dan tidak lokek dengan senyuman.

Mungkin matlamat hidupnya telah banyak dikecapi. Tampak puas dengan hidup. Begitulah tanggapanku tatkala bertemu dengannya.

Ya, menjual rumah itu kepadaku, adalah satu perkara yang baginya, satu kejayaan peribadi, mungkin juga wishlist terahirnya di usia senja yang tercapai. Boleh jadi.

Dia menghampiri dan mengamati kedua belas wajah tersebut teliti satu persatu. Sesekali dahinya digaru, tak cukup dengan tu dia menggaru lagi kepala yang tak gatal.

Dia seolah cuba mengingati sesuatu dalam peti simpanan memori yang barangkali terlipat jauh di balik benak yang tersimpul lama dan berkarat agaknua.

“Encik, Saya cadangkan adalah lebih encik pecahkan dinding ini dan untuk itu saya akan tanggung kosnya, saya jamin selepas itu masalah ini takkan berulang lagi,” jelasnya ringkas tanpa ada sebarang penjelasan logik di sebalik misteri raut wajah terpamer yang agak misterius ini.

Sebagai seseorang yang tidak suka menyelah rahsia yang cuba disimpan orang lain, aku akhurnya akur dan bersetuju.

Tiada lain yang aku mahu melainkan jaminan, agar masalah itu tidak berulang lagi. Mister Chen berkata, dia akan memanggil sami untuk membacakan mantera dan segala bapak jampi agar masalah itu tidak muncul semula.

Aku memandangnya dengan pandangan skeptikal, tetapi bagiku, aku tidak ada sebarang masalah hatta tiada halangan untuk membenarkan sami itu masuk ke rumah. Anggap sajalah itu caranya.

SUdah namanya kepercayaannya takkan aku nak menghalangnya, asalkan aku tak percaya sangat sudahlah.

Sudahnya, beberapa hari selepas itu, sekumpulan pekerja binaan mula bertungkus-lumus memecahkan dinding tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience