BAB 2

Horror & Thriller Completed 1725

Namun usaha itu nampaknya dicemuh oleh kemunculan dua belas wajah amarah pelbagai jenis pada dinding yang terdapat pada bahagian ruang tamu.

Sebagai seorang usahawan yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan sains dan logik kritikal, aku tidak memandang kewujudan dua belas wajah ini sebagai sesuatu yang harus ditakuti sebaliknya aku cuba memandangnya dari sudut nilai seni atau paling tidakpun, pasti tersirat jawapan disebaliknya.

Kehadiran wajah itu baru berlaku tiga hari lepas. Tak silap aku, sebelum itu, dinding itu elok rapi sahaja catnya, ditambah pula dengan hiasan mozek indah rona biru ala Morocco yang mewarnai setiap sudut rumah.

Pada bahagian itu, sebelumnya, licin tanpas sebarang cacat cela. Dan hari ini, wajah-wajah itu kian jelas mempamerkan momentum transformaasinya. Semakin lama, semakin jelas sifatnya.

Sudah dapat dilihat lekuk hidung yang tepat, kerut-kerut yang sempurna teksturnya. Jika pengukirnya itu manusia, haruslah dipuji hasil kerja tangannya yang indah dan genius, ini ku kira adalah sentuhan magis!

Namun, masalahnya, ia mustahil! tidak mungkin seorang manusia boleh mengukirnya dalam masa beberapa jam sahaja, itu jelas Absurd!! Transisinya dari sehari ke sehari juga semakin jelas.

Seolah-olah sepuluh wajah itu milik manusia-manusia yang bila-bila masa saja akan keluar dari dinding setelah memendam amarah selama berhari-hari dan akan memuntahkannya pada bila-bila masa sahaja.

Kegilaan apakah ini? Justeru itu, mantan tuan rumah telah dipanggil ke rumah untuk membicarakan hal itu, ia harus diselesaikan kerana yang harus mendiaminya adalah aku bukan mereka, dan mereka pasti punya penjelasan atas kejadian ini yang sangatlah aneh, they better have one!

Bekas pemilik rumah itu lebih senang dipanggil Mister Chen berusia 75 tahun yang merupakan bekas peniaga barangan antic terkemuka di ibu kota.

Pakaiannya kemeja kemas biarpun sekadar berkemeja lengan pendek putih dan berseluar pendek rona Khakis tidak menutup lutut menjadi gandingannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience