BAB 5

Horror & Thriller Completed 1725

Yang paling haru, sudah berapa kali dia datang tanpa memaklumkan aku terlebih dahulu.

APa dia sudah lupa bahawa rumah ini sudah berganti tangan, rumah ini sudah menjadi milikku sampai ke satu tahap dia bagaikan tak mengenali ku dan terlupa untuk menyapaku.

Apa yang dilakukan Mister Chen? Adakalanya dia duduk di ruang tamu, tanpa mengendahkan aku langsung seolah-olah aku ini halimunan.

Apabila aku berbual dengannnya, matanya kadangkala tidak fokus sering melikau ke sana sini. Seolah dia melihat menembusi jasadku cuba mengorek segenap kata hati dan mindaku.

Mungkinkah kelakuan aneh ini berpunca dari penyakit tua, aku sendiri tidak tahu. Cuma aku berasa kecewa diperlakukan sebegitu rupa. Tidaklah pula aku mengadukan hal itu pada Mister Chen.

Aku hanya biarkan sahaja untuk satu tempoh. Sehinggalah aku dengan sengajanya mengunci pintu pagar agar orang luar tidak boleh masuk tanpa izinku.

AKu adalah tuan rumah ini, aku punya hak melimitasikan kehadiran individu. Tidak bermakna rumah ini pernah menjadi milikmu maka engkau sewenangnya datang tanpa diundang dan permisi?

Namun begitu, walau apa cara sekalipun helah aku gunakan untuk mengunci pintu pagar itu, para pekerja dan juga Mister Chen sendiri, dengan senang sekali masuk ke halaman rumah. Pagar itu bergerak setiap kali ditolak, seolah-olah kunci yang aku gunakan itu hilang sifat kebalnya.

Lama-kelamaan, aku meragui akan kewujudan diriku. Hello, adakah aku benar-benar wujud, manusia, entity atau halimunan bahkan boleh jadi illusi sahaja?

Pada satu hari, iaitu genap pada hari keenam-belas, aku membancuhkan air kopi untuk diriku sendiri tanpa mengendahkan Mister Chen yang tekun berbincang dengan pekerja-pekerjanya seolah-olah sedag melakukan satu projek serius lagaknua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience