BAB 1

Horror & Thriller Completed 1725

Sungguh aku tidak mengerti mengapa pada dinding tersebut terpampang wajah-wajah penuh marah dan benci yang menggerunkan.

Lebih baik kiranya aku menjauhkan diri dan mengkaji segala bentuk rupa ini dengan lebih terperinci.

Dua belas wajah pelbagai jenis, dan bentuk tanpa aku ketahui apakah antina mereka, garisan kerutan dahi jelas terpamer di wajah. Mulut masing-masing ternganga bagai diseksa sekali pandang bagai mahu mengamuk.

Permukaan rata dinding putih yang warnanya sekata membunuh hujam identiti wajah-wajah tersebut.

Sudah tidak kelihatan bagaimana bentuk rambut mereka dan juga telinga. Hanya ada satu bujuran wajah bermula dari ubun kepala hingga ke dagu yang ada antaranya melonjong.

Kerutan pada dahi mereka tidak sekata penuh degan garis yang menceritakan pelbagai kisah. Jika hendak dikelaskan kemarahan mereka satu persatu secara terperinci, pastinya aku menganggap wajah yang paling hujung merupakan yang paling nyata ekspresikan marah hingga kau dapat merasa bahang amarah aura kuat melekat di kulitku hingga menjemput gerun, dek kerana kerut-kerut pada dahi dan bentuk mulutnya yang senget ternganga.

Matanya dijengilkan. Manakala wajah paling kiri pula sedikit tenang, ada tawa namun dalam masa yang sama mempamerkan marah.

Bagai tawa seorang yang menahan amarah. Bagaimanakah itu? Mengapa ia begitu penting sekali kan?

Ya memang penting kerana aku adalah penghuni baru rumah yang terletak di Bangsar ini. Aku membeli rumah bangle tersergam gah ini dengan harga mencecah jutaan ringgit dengan hasil titik peluhku.

Itu belum masuk lagi dikira kos ratusan ribu yang digunakan untuk memulihkan binaan usang ini sebelum ianya menjadi sebuah rumah yang dipandang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience