BAB 4

Horror & Thriller Completed 1725

Aku mengutip serpihan batu yang membentuk wajah itu dan mengamatinya satu persatu.

Apabila dihancurkan sebegitu rupa, hilang langsung sifat manusiawinya tadi. Seolah memberitahu betapa manusia itu, tanpa emosi, tidak lebih dari sekadar objek-objek biasa. Tidak bernyawa.

Namun ku sangka misteri yang akan berakhir bersama pecahan dinding itu nyata silap, malapetaka bermula pada hari ke dua belas apabila salah seorang dari pekerja yang terlibat tidak datang bekerja.

Ketika itu Mister Chen juga turut berada di rumah itu, memantau perkembangan kerja pekerja-pekerja tersebut.

Dinding telah dipecahkan. Bahkan kerja-kerja menyusun kembali batu-bata sebelum diplaster telah dijalankan separuh.

Apa yang membuatkan aku naik hairan adalah binaan dinding kali ini begitu tebal sekali.

Cukup lebar untuk meletakkan tubuh manusia di dalamnya. Atas tujuan apa dibuat sebegibi tebal? Bukankah membazir ruang?

Kata Mister Chen, keputusan itu dibuat oleh pihak perunding kejuruteraan yang mengendalikan kerja-kerja pembaikpulihan, merekalah yang mencadangkan ketebalan dinding itu.

Terdapat sedikit ruang pada bahagian tengah bagi memastikan sistem pengudaraan yang sempurna. Walaupun terdetik sedikit keraguan di sudut hati, namun aku anggukkan saja.

Aku tidak ada sebarang masalah jika ia tebal sedikit cuma sedikit ingin tahu saja.

Selepas itu kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan masih terus berlangsung tanpa sebarang masalah.

Cuma kelakuan Mister Chen sahaja yang aku risaukan dan sebenanrya aku kurang selesa. Dah kenapa kerap benar dia datang ke rumah ini tanpa diundang, bukankah jurubina yang bertanggungjawab?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience