Rate

8

Short Story Completed 1576

Wen leka melakukan tugasnya sebelum disapa rakannya.

" Wen, aku dah dapat info tentang budak kau Qaira. Mummy G ada hubungi kita supaya culik Qaira." Lapor rakan Wen.

Wen terdiam sebelum memandang rakannya tajam meminta penjelasan lebih lagi.

" Mummy G ibu ayam itu? Maknanya memang betullah Qaira itu pelacur. Kesayangan Mummy G kan? Kenapa dia nak kita culik Qaira?" Soal Wen sambil membelek maklumat diri Qaira.

" Betullah Mummy G yang selalu bagi aku diskaun untuk setiap langganan aku. Fuhh dah dekat dua minggu aku tak menyinggah rumah Mummy G. Qaira itu pelacur kelas atasan. Bukan pelacur sangatlah. Lebih kepada 'Sugar baby'. Dia memang kesayangan Mummy G tapi bila dia sibuk nak jadi model jadinya Mummy G nak hapuskan dia. " Terang rakan Wen sebelum menghirup rokok kegemarannya.

Asap rokok dihembus berkepul - kepul sebelum Wen bangkit menuju ke bilik Uncle Jo. Pintu bilik diketuk sebelum dia masuk. Kelihatan dua orang perempuan seksi sedang mengurut Uncle Jo sebelum mereka disuruh keluar.

" Ya 'fils' kesayangan Uncle. Kenapa?" Soal Uncle Jo teruja.

"Uncle budak yang derma buah pinggang dia pada 'fils' dulu di mana?" Soal Wen serius.

" Kenapa tiba - tiba nak tahu?" Soal Uncle Jo pelik.

" Jawab sahajalah." Marah Wen.

" Okay okay bagi uncle hubungi mummy 'fils' dulu. Sebab cuma dia yang tahu." Kata Uncle Jo sebelum berlalu ke ruangan peribadinya.

Wen menarik kerusi di hadapannya sebelum duduk diatasnya.

" Huh 'fils'lah sangat. Mana ada anak panggil ayah sendiri pak cik. "Rungut Wen geram.

Tidak lama kemudian, Uncle Jo keluar dengan senyuman.

" Mummy' fils' kata dia ada di sini. Jadi 'fils' kena cari sendirilah. " Kata Uncle Jo senang.

" Apa? Kenapa tak beritahu dia ada di sini? Kalau dia dah mati ini semua salah Uncle dengan mummy." Marah Wen sebaik menghempas tangannya ke meja.

" Apa?" Soal Uncle Jo pelik sebelum Wen keluar menghempas pintu dan berlari ke ruangan bawah tanah.

Wen masuk ke ruangannya untuk mencari Qaira sebelum melihat Qaira diam kaku di tilamnya seperti saat dia meninggalkannya semalam sebaik memuaskan nafsunya.

" Qaira bangun. Qaira. Qaira." Panggil Wen berlagak kuat.

Rambut Qaira dirapikannya dengan jari sebelum tersentuh di tubir mata Qaira. Kering. Seingatnya semalam, air mata Qaira terus mengalir sehingga saat dia keluar meninggalkannya.

" Qaira bangun Qaira. Jangan tinggalkan aku macam dulu. Bangun Qaira." Rayu Wen sambil menggoncang kasar tubuh kaku Qaira.

***

Wyatt melarikan diri dari pembantu rumahnya kerana enggan meminum ubatnya. Setibanya di taman secara tidak sengaja dia terlanggar seorang kanak - kanak perempuan sehingga rebah. Kepala kanak - kanak tersebut terhantuk di batu menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Pembantu rumah Wyatt membawa Wyatt dan kanak - kanak perempuan yang malang itu tadi kembali ke rumah.

Sebaik berita kemalangan antara Wyatt dan kanak - kanak perempuan tadi sampai ke pengetahuan Encik Henry Jules, dia segera menghantar kanak - kanak malang itu kepada sahabat karibnya, Dr Jonathan.

Setelah beberapa hari dirawat, En Henry Jules memutuskan untuk menjaga kanak - kanak tersebut dan dia diberi nama Yaya Yvonne.

Wyatt dan Yaya Yvonne bersahabat baik sehinggalah penyakit Wyatt bertambah parah. Sebaik En. Henry Jules mengetahui darah Yaya Yvonne dan Wyatt adalah jenis yang sama, dia mulai berubah.

Yaya Yvonne dihantar ke kampung halaman Dr Jonathan untuk diambil organnya untuk diberikan kepada Wyatt. Memandangkan prosedur di hospital dirasakan susah oleh En. Henry Jules, dia mengambil perkhidmatan dari mafia terkenal dengan syarat dia dan keluarganya harus berkhidmat dengan mereka sehingga akhir hayat.

Tubuh badan Yaya Yvonne dibuang di pinggir pergunungan sebaik sebelah buah pinggangnya sudah diambil kerana menyangka dia telah mati. Jasadnya ditemui oleh Cik Gerda dan dipeliharanya dek kecantikan semulajadi milik Yaya Yvonne.

Nama Yaya Yvonne diubah sebaik Cik Gerda atau Mummy G berpindah ke negara Asia kepada Qaira Qaisara. Sementara En Henry Jules yang mengikuti kekasihnya Cik Gerda menggunakan singkatan Jo untuk menyamar. Dan Wyatt dipanggil Wen untuk menyembunyikan identitinya.

Wen atau Wyatt merupakan anak luar nikah En Henry Jules atau Jo dan Cik Gerda atau mummy G.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience