Rate

1

Short Story Completed 1576

" Yay , aku terpilih sertai uji bakat jadi model. " Kata Qaira girang.

" Seriuslah ? Yay kawan aku nak jadi model. " Sambut Laila teruja.

" Bila kau pergi ? " Soal Mimi sambil membetulkan kedudukan cermin matanya yang melorot.

Komputer riba dan beberapa dokumen terus dikemas rapi Mimi sebelum meletakkan fokus sepenuhnya kepada Qaira.

" Esok sepuluh pagi. Agensi ambil aku dengan tiga perempuan lain. " Kata Qaira gembira.

" Wah , nanti dah terkenal jangan lupa aku ya ? Maklumlah aku ini comot tak secantik kau. " Gurau Mimi.

" Ehhh , tak ada maknanyalah. Aku buat semua ini untuk tanggung kos pembedahan mak akulah. Aku takkan lupakan kaulah. Kau kan kawan baik aku. Kau jaga mak aku ya selama aku kerja di sana ? " Kata Qaira sebak.

Mimi segera memeluk erat tubuh kecil Qaira.

" Mak kau mak aku juga. Kau dah lupa ya ? " Kata Mimi sambil mengusap lembut belakang Qaira.

" Terima kasih. " Kata Qaira sebak sambil mengeratkan pelukannya.

" Eh , kau ini memang tak nak lepaskan aku ke ? Pergi tidurlah. Nanti mata panda dah kena pecat. " Usik Mimi sengaja.

" Eh , kau ini tak baiklah. Nanti aku tidurlah dalam perjalanan ke sana. " Jawab Qaira geram.

" Asal masuk kereta sahaja tidur asal tidur sahaja mesti masuk kereta. Bilalah nak berubah kau ini ? " Soal Mimi geram.

" Alah biarlah aku. " Jawab Qaira sengaja.

" Aku cakap kau menjawab. Itulah kerja kau.Malaslah nak layan. Aku nak tidur. Penat. " Kata Mimi sebelum meninggalkan Qaira.

...

Keesokan harinya , Qaira bangun awal untuk memasak nasi lemak sambal paru kegemaran ibunya dan Mimi.

Qaira segera berjalan kaki melalui lorong terbiar di pagi hari minggu untuk menuju ke dewan serbaguna yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan terbengkalai.

Tiba - tiba dia terpandang seorang perempuan seusia dengannya terbaring tidak sedarkan diri. Qaira segera mendekatinya sebelum terpandang luka besar di betis dan buku lali perempuan tadi. Dek kerana terlalu mengelabah, Qaira segera mengoncangkan tubuh perempuan tersebut namun tiada gerak balas.

Qaira terleka mencuba untuk menolong perempuan tadi sebelum terbatuk - batuk lalu rebah terbaring di sisi perempuan tadi.

Beberapa orang lelaki keluar dari kawasan semak samun lengkap memakai topeng muka segera mengangkat tubuh Qaira dan perempuan yang tidak sedarkan diri sebelum dibaringkan di belakang lori.

Beg tangan Qaira diambil sebelum digeledah. Kad sim dipatahkan manakala kad memori telefon Qaira dicabut sebelum dimasukkan ke dalam dompetnya. Telefon Qaira diserahkan kepada seorang lelaki yang sedia menanti di atas basikalnya.

Tangan Qaira diikat dengan rantai besi yang telah tersedia pada lori sebelum dimangga kemas bersama beg tangannya. Perempuan yang cuba dibantu Qaira tadi turut dimangga kemas bersama beg tangannya.

" Cukuplah dahulu lapan orang perempuan. Kita balik markas dulu. Tak cukup kita cari lagi." Kata pemandu lori sebelum menghidupkan enjin lori dan bergegas menuju ke destinasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience