Rate

5

Short Story Completed 1576

Wen menyerahkan air teh yang telah diletakkan gula dan dicicip sedikit olehnya. Qaira diam kaku diam sebaik menyambut pemberian Wen. Pergerakkan tangan Wen yang lincah merantai kakinya diperhatikan kosong.

Setiap pergerakkan Wen diperhatikan Qaira ralit sebelum terkedu dan berpaling wajah di saat Wen menanggalkan bajunya.

" Kau lapar?" Soal Wen sambil duduk di sebelah Qaira.

Qaira mengangguk sebelum menggelengkan kepalanya sambil melarikan anak matanya. Takut. Wen mengecilkan matanya geram.

" Kalau lapar cari makan sendiri. Aku bukan kuli batak kau. Pergi cari sana." Marah Wen berang sebelum menolak Qaira menjauhinya.

Dek terlalu lemah, Qaira terpegang bara api disebelahnya. Wen terus berbaring dan lena membelakangkan Qaira yang kesakitan.

Berlari Qaira masuk ke tandas untuk merendam tangannya ke dalam tong air. Hampir sahaja dia tersungkur tetapi sempat menahan badannya dengan tangannya yang sakit. Perlahan - lahan Qaira terduduk dalam tangisannya sebaik tangannya direndam ke dalam air.

Dahi Qaira ditonyohnya perlahan sendiri pada tong air sambil menangis tanpa suara. Seluruh jiwanya tersiksa dengan apa yang terjadi.

" Woi perempuan jangan lari. Sini kau. Woi." Pekik seorang lelaki di hadapan pintu ruangan bilik.

Wen yang sedang lena tersentak turut keluar berlari mengejar perempuan yang cuba melarikan diri. Matanya melilau mencari kelibat Qaira yang tidak kelihatan.

" Qaira, Qaira. Woi perempuan kau nak lari mana hah? Kau memang cari penyakit dengan aku. Qaira!." Pekik Wen hilang sabar.

Qaira perlahan - lahan bangkit dengan berpaut pada tong air. Hampir sahaja dia terlentang dek terlalu letih. Lambat - lambat dia mengisi air ke dalam cebok separuh penuh sebelum tangannya direndam ke dalamnya.

" Kaulah kan Qaira yang Wen cari itu?" Sapa seorang lelaki yang hanya bertuala dari ruangan hadapan sebaik Qaira duduk di tanah bersandar pada pintu.

Qaira mengangguk perlahan sebelum lelaki tadi keluar dan berdiri betul - betul di hadapan pintunya.

" Wen. Qaira ada dekat sini." Jerit lelaki tadi sambil melambaikan tangannya ke arah Wen.

Wen mengelabah berpaling mencari punca suara sebelum terpandang lelaki yang melambai ke arahnya. Tanpa berfikir Wen segera berlari ke arah lelaki tadi.

" Aku dah tolong separuh nanti pandai - pandailah kau selesaikan." Kata lelaki tadi sebelum masuk memasang pelita di ruangannya.

Sebaik cahaya pelita menyinari ruangan lelaki tadi yang tidak ditutupi antara tirai kayunya, kelihatan jelas empat orang perempuan melutut dengan kedua tangannya tergantung. Rambut mereka kusut - masai, pakaian compang - camping melutut tanpa seluar. Qaira menelan air liur perit.

Lelaki tadi keluar menyucuh api pada rokoknya sebelum menghembus asap berkepul - kepul ke arah Qaira.

" Pandaikan aku?" Soal lelaki tadi.

" Maksud kau?" Soal Qaira takut.

" Aku tengok kau kagum sangat dengan hasil kerja aku. Pandaikan aku uruskan perempuan - perempuan itu. Mudah. Mana yang aku nak aku cabut dan 'makan' macam ayam golek itu. Sebab itu jangan jual mahal sangat. Bukan luak pun kalau bagi aku rasa. Kedekut sangat. Kan dah mendapat. Mungkin lepas ini Wen akan dapat inspirasi dan lebih pandai uruskan kau. Tak begitu Qaira? " Soal lelaki tadi sinis.

Qaira terkedu dengan air mata yang bergenang.

" Kau. "Kata Wen bengis sambil mencengkam rambut Qaira.

" Terima kasih beritahu aku. " Kata Wen menahan sabar sebelum kembali memandang Qaira seolah - olah ingin ditelannya hidup.

Qaira secara tak sengaja menyentuh tangan Wen yang mencengkam rambutnya dengan tangannya yang basah.

" Air apa ini?" Soal Wen berang sebelum terpandang cebok berisi air di sisi Qaira.

Wen mengambil cebok berisi air sebelum melepaskan rambut Qaira dan menjirusnya dengan air. Menggigil - gigil Qaira menahan kesejukan sebelum dirinya diseret masuk ke dalam.

Pintu dikunci Wen sebelum dia memukul tubuh Qaira dengan cebok yang berada di tangannya. Qaira meronta - ronta menangis kesakitan. Segala rayuannya tidak diperduli Wen sehinggalah Qaira bertindak merangkak menjauhi Wen.

Wen yang berang menarik baju yang dipakai Qaira sehingga koyak dan menyebabkannya tersungkur. Qaira terbatuk - batuk sebaik tertelan debu tanah. Perit yang mencengkam tubuh dan bibirnya tidak diperdulikannya lagi. Qaira terus leka batuk untuk mengeluarkan debu tanah yang telah ditelannya.

Wen terdiam kaku sebaik terpandang parut yang kelihatan di belakang tubuh Qaira. Dia terduduk kaku melihat keadaan Qaira. Qaira dibiarkan terus batuk sambil fikirannya menerawang memikirkan sesuatu.

Qaira yang semakin takut cuba bangkit dan merangkak menjauhi Wen. Pergerakkannya disedari Wen namun diabaikan begitu sahaja. Qaira terbaring terlungkup sebaik yakin Wen tidak akan mengapa - apakannya. Nafasnya mulai kembali perlahan akibat keletihan.

Wen duduk memeluk lututnya dengan kakinya yang terkangkang luas. Wajahnya kelihatan tegang. Fikirannya berserabut. Otaknya buntu. Tangannya digepal kejap.

Parut di belakang badan Qaira seakan - akan cuba mengingatkannya pada sesuatu yang dia tidak ingat. Seperti satu kepingan 'puzzle' yang telah lama hilang dalam memorinya. Dia sedaya upaya cuba mengingatkannya tetapi tidak mampu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience