Rate

3

Short Story Completed 1576

Kain pelekat di pinggang lelaki tadi dicabut dan disarungkan ke tubuh Qaira sebelum keseluruhan pakaiannya dilucutkan. Tuala yang bersidai di bahunya ditarik untuk mengelap tubuh dan rambut Qaira sebelum digunakan untuk menutup bahu Qaira yang terdedah.

Pakaian Qaira diperah sebelum disidai di bahunya bersama tubuh longlai Qaira. Dia segera turun ke ruang bawah tanah melalui tangga tersembunyi sambil membawa tubuh lemah Qaira.

Sebaik tiba di ruangan bawah tanah, dia segera masuk ke ruangan yang bertiang kayu ditutupi guni terpakai. Qaira dibaringkan di tanah bersebelahan dengan unggun api yang telah dihidupkannya semasa menghilangkan diri sebentar tadi. Kepala Qaira dialas dengan bantal lama.

Pakaian Qaira yang basah disidai diatas longgokan kayu yang telah dipotongnya. Baju sejuk yang sentiasa dipakainya digantung di dinding simen. Hanya lantai sahaja yang sengaja dibiarkan tidak bersimen sebahagian besarnya untuk menjimatkan kos yang ditanggungnya.

Lelaki tadi segera mengambil cerek lusuh yang ditemuinya di tapak pelupusan sampah diisi air separuh dan digantung di atas ungun api di sebelah Qaira. Dia memerhati wajah lesu Qaira sebelum kembali naik ke atas untuk menuntut barang - barang milik Qaira.

" Eh Wen lambatnya datang. Orang lain semua dah ambil harta karun masing - masing." Sapa lelaki yang menguruskan barang yang dibawa oleh perempuan yang diculik.

" Aku hidupkan unggun api tadi. Lagi pun aku penat terkejar - kejar. Biarlah lambat. Silap - silap perempuan tadi aku bunuh. Macam tak ada fungsi pun dia itu. " Kata lelaki yang menconteng dahi Qaira atau Wen.

" Bunuh? Orang lain semua nak jaga elok - elok. Bukan senang dapat bini cantik percuma. Kau sahaja yang tak setuju dengan rancangan ini." Kata lelaki yang menegur Wen tadi.

Wen hanya diam menjeling kawannya sebelum memeriksa salinan telefon dan dompet milik Qaira.

" Nama Qaira Qaisara panggil Yaya? Apa bendalah perempuan ini? " Bebel Wen sambil membelek beg sandang milik Qaira.

Kawan Wen hanya ketawa terbahak - bahak sebelum berlalu mengambil seplastik besar makanan baki dari makanan yang dibelinya tadi sebelum diserahkan kepada Wen.

" Banyaknya. Kau nak suruh siapa makan? " Rungut Wen.

" Kau makanlah. Kau kan perlukan banyak tenaga nak menghadap apa nama dia Yaya? " Kata kawan Wen sebelum ketawa terbahak - bahak sambil mencari sesuatu di dalam bukunya.

Sehelai sampul surat diberikan kepada Wen.

" Aku takkan sentuh dia selagi dia tak lulus ujian aku. Kalau dia gagal aku bunuh tapi kalau dia berjaya aku takkan lepaskan dia." Kata Wen dingin sambil membelek beg Qaira sebelum terpandang sampul surat yang diberi kawannya.

" Apa ini?" Soal Wen pelik.

" Tanya pula. Itu duit hasil jual telefon atau barang berharga. Untuk beli keperluan dia. Kalau kau nak buat harta pun boleh. " Kata kawan Wen sebelum tertawa melihat reaksi Wen yang tiba - tiba mengangkat keningnya sebelah.

" Wen itu kau hadkan 20 barang sahaja. Nanti kumpulkan beli borong supaya orang awam tak syak apa - apa. " Kata kawan Wen kuat.

Wen mengangguk perlahan sebelum turun perlahan - lahan. Beg tangan Qaira disarungkan ke bahunya sementara makanan dan beg pakaian Qaira dijinjitnya.

Sebaik tiba beberapa langkah hadapan anak tangga terakhir, tiba - tiba seorang perempuan berlari menyorok di belakang Wen. Lengan Wen dipeluknya erat.

" To tolong tolonglah selamatkan saya. " Rayu perempuan tadi dengan pakaian compang - camping dan rambut yang tidak terurus.

" Apa benda ini? Jangan libatkan aku dalam masalah kau boleh tak? " Soal Wen sambil menggepalkan penumbuknya sebelum menyentak tangannya kasar.

Perempuan tadi jatuh terduduk sebaik penumbuk Wen terkena wajahnya. Bibirnya pecah. Dia menunduk menahan sakit dan segala gelodak perasaannya.

Wen menunduk mengcengkam dagu perempuan tadi sebelum terkedu.

" Qaira? Kau? Kau Qairakan?" Soal Wen separa berbisik sebelum melepaskan cengkamannya.

Qaira hanya diam mengangguk lemah menahan perit pipi dan rahangnya.

" Kau balik ke ruang asal kau sebelum aku pijak kau!" Tempik Wen hilang sabar.

Terhenjut bahu Qaira mendengar arahan Wen seperti guruh di langit. Air matanya dilap kasar sebelum dia segera berjalan bertatih di tiang - tiang pada setiap ruangan.

" Cepatlah lembab. " Hamun Wen menggila. Dadanya berombak kasar menahan amarah yang membara.

Qaira segera sedaya upaya lari masuk ke ruangan Wen tanpa mengetahui siapa pemilik ruangan itu. Bulat mata orang yang mengejar Qaira tadi sebaik melihat Qaira masuk ke ruangan Wen.

" Kau nampak dia pergi mana? Nampak tak sial? " Tengking Wen sambil menarik kolar baju lelaki yang mengejar Qaira.

Lelaki tadi diam mengangguk.

" Aku tanya kau nampak ke tak? Kau bisu ke pekak?" Soal Wen bengang.

"Nam." Kata lelaki tadi sebelum ditumbuk Wen.

" Kau jangan cuba - cuba sentuh dia. Kalau aku tahu mati kau aku kerjakan. " Kata Wen memberi amaran lalu masuk ke ruangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience