Rate

6

Short Story Completed 1576

" Siapa kau sebenarnya? Hah Qaira siapa kau? Kenapa kau tiba - tiba muncul dalam hidup aku hah? Kenapa kau kucar - kacirkan hidup aku? " Soal Wen perlahan tapi cukup jelas didengari Qaira.

Qaira berpaling memandang Wen dan terbatuk - batuk.

" Kau yang culik aku dan sekarang kau nak salahkan aku? Kelakar? "Soal Qaira yang mulai muak dengan perangai Wen.

" Kau. " Kata Wen naik satu oktaf.

Qaira terkedu mendengar suara Wen yang mulai meninggi menepuk dahinya sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata diri merana. Qaira mulai merangkak semula mendekati pintu walau tahu nyawanya dihujung tanduk.

Wen hanya mendiamkan diri sebelum bangkit sambil memegang sepuntung kayu api hidup. Qaira dipandangnya dingin sebelum kedua - dua pelita dinyalakan. Wen mencampakkan kayu api kembali ke unggunnya bersebelahan dengan Qaira.

' Aduh, macam mana ini? Aku kena pura - pura mati ke? Tapi aku bukan serangga. Aaarrghh.' Fikir Qaira yang sudah buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya.

" Kau tak nak beritahu aku siapa kau sebenarnya? Tak mengapa. Cara lembut aku tak dapat cara kasar aku buat." Kata Wen lembut sebelum memusingkan tubuh Qaira dan menyeretnya menuju ke tandas.

" Awak maaf. Saya minta maaf. Tolonglah jangan seksa saya lagi. Tolonglah saya merayu." Rayu Qaira takut.

Wen terhenti seketika kerana menyangka Qaira akan berterus terang. Malangnya tidak. Wen menggelengkan kepalanya.

" Jawapan yang salah." Kata Wen sebelum tersenyum senget dan mulai mengoyakkan pakaian Qaira.

" Jangan awak tolong jangan. Tolonglah saya merayu sangat - sangat." Rayu Qaira sambil melawan perbuatan Wen.

Wen memulas tangan Qaira sehingga Qaira tidak lagi sanggup melawannya lagi. Hanya air matanya yang terus tegar menemaninya. Sebaik melihat Qaira menangis tanpa seurat benang, Wen segera menanggalkan pakaiannya dan hanya berkemban.

Tubuh kecil Qaira diangkat masuk ke tandas bersamanya dan diletakkan di lantai. Dagu Qaira didongakkan menghadapnya sebelum Wen tertawa sinis melihat riak muram milik Qaira.

" Kau nak mandi sendiri aku tunggu di sini atau aku mandikan kau?" Soal Wen perlahan dan sinis.

" Sa sa saya buat sendiri." Kata Qaira takut.

" Aku bagi kau masa sampai aku siap kirai unggun api itu. Kalau kau tak siap memang kau kena. Aku libas kau dengan bara api itu. " Kata Wen sebelum melompat keluar dari tandas.

" Tak awk jangan. Awak mandikanlah saya. Tolonglah berhenti seksa saya. Apa salah saya pada awak? " Soal Qaira tersedu - sedu.

" Salah kau sebab kau tak jawab soalan aku. Aku cukup pantang orang berdalih." Jawab Wen berang dan tergesa - gesa melakukan kerjanya.

" Awak nak saya jawab apa? Saya Qaira. Apa lagi yang awak nak saya jawab? Kerja? Umur? Status? Aku pelacur. Umur aku baru lapan belas. Aku sebatang kara. " Jawab Qaira kecewa.

" Kau ingat aku bodoh nak percaya? Umur lapan belas, pelacur dan sebatang kara? Pandai kau karang ceritakan? Aku bacalah semua mesej kau. Kau tak payah nak menipu akulah. Siapa mami? " Kata Wen berang.

" Mesej? Mami mesej? Seriuslah?" Soal Qaira terkejut.

" Kenapa terkejut? Dah terbongkar? Dah habis idea nak menipu? "Soal Wen berang dan terus mendesak.

Qaira terkelu dan bingung sehinggalah Wen kembali berdiri di hadapannya.

" Betul - betul ke mami mesej? "Soal Qaira sebelum ditampar oleh Wen.

Qaira menunduk menahan segala rasa yang terbuku di hatinya.
" Aku kata berhenti menipu. Kalau betul kau pelacur, kenapa kau takut sangat bila aku buang pakaian kau? Aku nak kau layan aku elok - elok. Atau mungkin kau boleh ajar aku teknik baru? Kaukan amatur. " Kata Wen berang sebelum sinis.

Mata Qaira membulat sebaik mendengar kata - kata Wen. Nafasnya ditarik dalam. Sesak.

" Kenapa? Takut? " Soal Wen sinis.

" Aaa boleh dengan syarat? " Kata Qaira ragu - ragu.

" Wau syarat. Aku suka. Menarik. " Kata Wen sambil ketawa dan menepuk tangannya.

Qaira berpaling memandang ke dinding. Sejujurnya dia tersangat takut dan tidak yakin dengan apa yang dia lakukan tetapi ini sahaja jalan yang dia punya.

" Okey cakaplah apa syarat kau. " Soal Wen serius tiba - tiba.

" Serius ke?" Soal Qaira terkejut.

Wen memandang wajah Qaira bengis.

" Ooo okey. Kita cakap sebentar lagi boleh? Saya sejuk sangat ini." Kata Qaira kekok.

" Okey apa - apa sahaja untuk awak sayang. " Kata Wen romantik sebelum seakan terkedu.

Kedua mereka diam seribu bahasa sehinggalah Wen selesai memandikan Qaira.

" Ambil tuala ini. Kongsi sahaja. " Kata Wen sebelum mencampakkan tualanya ke muka Qaira.

Qaira menahan debaran di dadanya yang sekarang ini bergelora seakan ribut sedang melanda. Nafasnya tidak teratur. Dadanya berombak laju dan kuat. Sakit yang semakin terasa di segenap tubuh sedaya upayanya ditahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience