Rate

4

Short Story Completed 1576

Qaira menutup tubuhnya dengan tuala sebelum kembali duduk di tepi unggun api. Air matanya mengalir perlahan. Sungguh dia tak mengerti apa yang terjadi.

Tiba - tiba Wen masuk dengan muka bengisnya. Qaira memandangnya sebelum mengeluh memandang ke arah unggun api.

Wen berang melihat Qaira hanya diam memerhati ungun api terus menghempas pintu. Mujur tidak roboh pintu yang diperbuat dari kayu hutan, tali, guni dan sedikit simen.

" Siapa suruh kau keluar hah? Bodoh. Kau memang nak mati ke hah?" Tempik Wen sebaik melihat kebisuan Qaira seolah - olah tiada apa yang berlaku.

Hanya jeritan perempuan dari ruangan sebelah menyebelah yang menyahut soalan Wen. Qaira terus membisu dengan mata layu. Wen yang mulai hilang sabar mencangkung di hadapan Qaira sambil memandang tajam anak mata Qaira. Sebaik merasakan tiada tindak balas menepuk dahi Qaira geram.

Qaira yang seakan tersedar dari mimpi terus menangis teresak - esak.

" Gila." Kata Wen sebelum berlalu masuk.

Wen segera melompat ke dalam tandas yang didindingkan separuh sekeliling untuk menggelakkan air membasahi tanah. Qaira terbaring lemah di tepi unggun api dengan sisa esakannya. Matanya yang layu mulai tertutup rapat.

Wen yang baru selesai mandi memandang kosong tubuh Qaira yang terlena layu di tepi unggun api berlalu naik ke tilamnya.

" Penatnya. Esok kerja pula. Aduh kenapalah mereka buat aktiviti begini?" Rungut Wen dengan mata tertutup.

Selimut ditarik ke leher sebelum dia terdengar suara orang terbersin. Bau hangit mulai masuk ke hidungnya.

" Qaira!" Kata Wen terkejut sebelum melompat bangkit dari pembaringannya menuju ke unggun api.

" Air hangit. Tidur sahaja dia ini. Akulah ada yang kena ini nanti." Marah Wen sambil menangkat cerek.

Cerek diletakkan perlahan - lahan di atas kerusi kayu yang patah penyandar dan kaki belakangnya. Kerusi disandarkan dan diikat ke dinding tandas. Uncang teh diletakkan di dalam teko sebelum air panas dicium Wen.

" Tak hangit pun?" Gumam Wen sebelum memerhati Qaira tajam.

Cerek diletakkan semula ke atas kerusi. Qaira yang kesejukan tidur sambil memeluk lututnya di sebelah unggun api diperhatikan kecil besar kecil besar sahaja.

" Macam tak ada apa yang pelik." Gumam Wen lagi sebelum terbeliak memandang Qaira tidur berbantalkan kayu api berbara.

Secara spontan, Wen mencampakkan teko ke tandas sebelum berlari menarik Qaira bangun. Tuala yang menutup sebahagian besar badan Qaira jatuh dengan kesan terbakar di hujungnya.

" Bodohnyalah perempuan ini." Rungut Wen sebelum menolak Qaira jatuh ke tanah.

Tiada sebarang tindak balas diberikan Qaira. Wen menyentuh kaki Qaira yang kotor selepas berkaki ayam sebentar tadi. Sejuk. Wen segera menggambil teko dan teh baru sebelum direndam dengan sedikit air panas. Baki air panas dimasukkan ke dalam baldi sehingga habis sebelum air baru dimasukkan ke dalam cerek dan baldi.

Cerek digantung atas api sebelum Wen mengangkat tubuh Qaira masuk ke tandas. Qaira didudukkan sebelum pakaiannya dikoyak dan dibuang. Yang tinggal hanyalah pakaian dalamnya sahaja. Wen segera menjirus air dari baldi ke atas Qaira.

Sabun mandi dituang di atas badan Qaira sebelum kedua tangan Qaira digosok ke seluruh badannya. Setelah membilas badan Qaira, Wen segera menyarung kain pelekatnya ke tubuh Qaira dan mengunting baki pakaian di badan Qaira.

Qaira diletakkan di atas kerusi di sebelah tandas sebelum dilap kasar Wen. Qaira mulai sedar kembali ditinggalkan sebentar sementara Wen menarik tilamnya ke sebelah unggun api. Qaira dipapah sebelum dibaringkan ke tilam.

Wen segera mengambil air teh panasnya sebelum disuakan sedikit ke mulut Qaira. Qaira menelannya sedikit sebelum menolak untuk minum lagi. Wen terus memaksa Qaira untuk meminum air tehnya sebelum Qaira tiba - tiba menangis.

" Kau apa hal?" Soal Wen geram sebelum mencicip sedikit teh yang dibuatnya.

" Puih panas. Gula lupa letak. Yang kau tak cakap kenapa?" Bebel Wen sebelum bangkit meletakkan gula ke dalam airnya.

Wen terpandang bungkusan makanan yang dibawanya turun awal tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience