Rate

2

Short Story Completed 1576

Qaira perlahan - lahan tersedar dari lena lamanya cuba menggerakkan kaki tangannya yang mulai kebas dalam mamai. Ikatan tangannya dibuka oleh salah seorang dari lelaki yang sedang memeriksa kesedaran perempuan yang berada di situ sebelum ditolak berbaring terlentang.

Beberapa minit selepas semua perempuan dibuka ikatan dan dibaringkan terlentang, seorang lelaki masuk diiringi beberapa orang lelaki lain memeriksa dan menanda beberapa orang perempuan dengan ikatan kain putih di tangan mereka.

Setelah selesai lelaki tadi segera naik ke tingkat atas.

Semua perempuan yang masih terlena disimbah dengan air sehingga semua bangkit dari lena mereka.

Qaira tercungap - cungap bangkit dari lenanya sebaik air yang disimbah masuk ke hidungnya. Sebaik semua telah basah kuyup dan bangkit dari lena, beberapa orang lelaki menarik perempuan yang telah ditanda menuju ke kerusi di hadapan.
Qaira yang terpandang persamaan mereka iaitu perca putih di tangan kiri segera menanggalkannya.

" Perhatian kepada semua yang duduk di kerusi, empat orang dari kamu semua perlu bangun dan menjadi perempuan simpanan bos yang terbaru. Jika tidak semua akan didera habis - habisan." Umum seorang lelaki lantang.

Qaira diam terkaku buntu memeluk diri sebaik melihat keadaan mulai kacau - bilau. Kepala Qaira didongakkan oleh seorang lelaki yang beriak dingin dengan menarik rambutnya. Rasa perit mencengkam kepalanya. Perlahan tangan lelaki asing itu dipegang dengan harapan rambutnya dilepaskan. Sebaik dilepaskan, tangan Qaira ditarik bangun menuju ke bahagian belakang.

Dagu Qaira dicengkam dan didonggakkan. Rahang Qaira terasa perit ditahan dengan mata terpejam. Anak rambut Qaira diselak kasar menambahkan lagi rasa peritnya. Lelaki asing tadi menconteng dahi dengan pen dakwat kekal sebelum berlalu meninggalkannya.

" Tiada sesiapa yang nak sukarela jadi perempuan bos? Kami beri masa dalam kiraan sepuluh atau semua akan menjadi makanan bos." Ugut seorang lelaki lantang sebelum diiringi kiraan.

Keadaan menjadi lebih porak - peranda sebelum beberapa orang bangun perlahan - lahan dalam tangisan. Sebaik cukup empat orang pengumuman kedengaran lagi.

" Bos merupakan seorang yang gemuk, boroi, gigi sedikit rongak dan rambut botak tepi. Anda boleh menggundurkan diri sekarang dan perempuan lain akan mengantikan mereka. Tetapi akan ada hukuman yang berat untuk mereka yang undur diri. Kau takkan boleh kembali duduk dengan mereka yang di kerusi atau dilantai. Sebab taraf kau tak sama.." Umum lelaki tadi

Dua dari perempuan yang telah bersetuju menarik diri. Perca putih yang tadinya dijadikan tanda dicabut dan diikat tangan mereka ke belakang.

" Cepat dua perempuan lain ganti. " Tengking lelaki yang menconteng dahi Qaira sebentar tadi dari belakang kerusi yang diduduki perempuan yang terpilih.

Bulat mata Qaira terkejut melihatnya. Nafasnya berombak laju akibat terlampau terkejut. Kakinya ditarik ke dada sebelum dia menggigil kesejukkan.

" Barannya dia." Rungut Qaira takut.

" Cepatlah bangun! Ingat aku bibik kau ke nak tunggu macam bodoh? Aku sampai tiga kalau tak ada yang bangun siap." Kata lelaki tadi bengis sebelum memandang Qaira tajam.

Seorang perempuan bangkit berdiri menghalang pandangan lelaki tadi untuk melihat Qaira. Tak semena - mena lelaki tadi menempeleng kepala perempuan tersebut.

" Bodoh lembab kau pergi sana sekarang." Maki lelaki tadi sebaik menempeleng kepala perempuan tadi.

Seorang lelaki lain lain menarik perempuan malang tersebut sambil menahan tawa. Perempuan tadi memegang kepalanya yang sakit sambil menangis teresak - esak.

" Seorang lagi. Cepatlah bodoh. " Pekik lelaki tadi.

Perempuan yang duduk betul - betul di hadapan lelaki tadi segera berjalan menunduk keluar dari susunan kerusi.

" Bodoh aku bercakap belakang kau sahaja boleh kau lembab tak nak bangun? Bodoh." Marah lelaki tadi sambil melempar kerusi plastik yang diduduki perempuan tadi.

Tersungkur perempuan tadi dibuatnya sebaik kerusi yang dilempar mengenai betis perempuan tersebut.

" Semua yang bodoh tak nak jadi perempuan bos turun sekarang. Duduk bawah. Dasar bodoh. Ada peluang hidup senang tak nak. Nak juga jalan susah. Dah kau orang uruskan 'ice breaking' kau orang. Aku nak turun. Jangan ada sesiapa yang turun." Kata lelaki tadi bengang sebelum berlalu menghilang.

" Okey semua jarakkan diri sedepa antara satu sama lain, duduk dan tutup mata. " Arah seorang lelaki lain dengan lebih lembut.

Sebaik melihat pergerakan perempuan yang ada tersangat perlahan. Lelaki tadi berbisik dengan lelaki lain sambil memerhati Qaira yang sudah duduk seperti yang diarah.

Dua orang lelaki datang menghampiri Qaira sambil salah seorang darinya tersenyum menyeringai.

" Apa?" Soal Qaira takut.

" Tutup mata kau." Arah lelaki tadi gatal.

Qaira menutup matanya lambat - lambat. Matanya ditutup dan diikat dengan sehelai kain sebelum tangannya diikat dan tubuhnya diangkat. Qaira didudukkan diatas kerusi yang sedikit jauh dari perempuan lain.

Sebaik semua perempuan selesai menuruti arahan yang diberi, mata dan mulut mereka ditampal dengan pita pelekat jernih sementara tangan mereka diikat dengan kain perca putih. Seorang demi seorang dicampakkan ke dalam kolam berisi air dan ais. Qaira merupakan orang yang terakhir dicampakkan ke dalam kolam.

Sekumpulan lelaki bersila menunggu di tepi kolam menanti perempuan yang terdesak mencari jalan keluar mendekati mereka. Jika mereka tidak mengiginkan perempuan yang mendekatinya, mereka akan menyelamkan kepala perempuan tersebut sehingga mereka menjauhkan diri darinya.

Mana - mana perempuan yang mereka inginkan akan ditarik keluar dari kolam. Sementara itu, Qaira berulang kali diselamkan ke dalam air oleh semua lelaki yang ada.

Selang beberapa minit, hanya Qaira seorang diri yang tinggal di dalam kolam. Tiba - tiba lelaki yang menconteng dahinya tadi muncul tergesa - gesa. Qaira yang sudah lemah dan separuh mati segera ditujunya.

" Hoi perempuan hidup lagi tak. Kalau hidup berenang ke kiri sekarang. Aku tak nak turun. Cepat sikit. Aku banyak lagi kerja lain untuk dibuat." Tengking lelaki tadi dari sebelah kiri Qaira.

Sedaya upaya, Qaira berjalan sedikit ke arah kiri sebelum terlentok longlai ke dalam ais. Lelaki tadi segera menyauk separuh tubuh Qaira dan ditarik ke tepi. Tubuh Qaira ditarik kasar keluar dari kolam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience