BAB 9

Other Series 8695

Seminggu sudah berlalu sejak pertemuan aku dan Syakir Zufairi . Aku langsung tidak berhubung dengannya .
Aria menghela nafas yang berat sebaik sahaja melihat nombor yang terpapar di skrin telefonnya .
Aduh ! Mamat ni tak faham bahasa ke? Kenapa la asyik nak call . Akhirnya dengan terpaksa Aria menjawab juga panggilan tersebut .

"Hmm"

" Aria , kenapa susah sangat nak jawab call saya ?!" Tegas suara Syakir Zufairi

"Suka hati aku lah , nak angkat ke taknak kenapa kau sibuk sangat ni?"

"Aria , saya tak faham . Kalau saya ada buat salah bagitahu saya jangan lah melarikan diri dari saya . Bila saya nak jumpa awak kat sekolah , awak selalu mengelak dari saya . Bila saya call atau mesej awak tak pernah nak angkat , tak pernah nak balas . Kenapa Aria ?" Syakir Zufairi meluahkan isi hatinya .

"Saja." Balas Aria dan mematikan talian .

Syakir Zufairi buntu. Apa yang dia buat sampai Aria Natalia marah pada dirinya . Seingatnya selepas dia habis makan dengan Aria Natalia terus dia menghantar gadis itu pulang .

Lama Syakir Zufairi termenung dan dia membuat keputusan untuk call kawan baik Aria Natalia iaitu Fiza . Fiza mesti tahu kenapa perangai Aria Natalia berubah .

"Assalamualaikum "

"Waalaikumussalam , kau sibuk ke ?"

"Tak pun , just do some revision. Asal kau call ni wei?" Fiza bertanya risau . Tetiba Anak Datuk Sulaiman call malam-malam buta ni mesti ada kes mustahak .

"Hmm , Aria ada cerita apa-apa tak kat kau?"

"Aria? Cerita pasal apa ya?"

"Aku pelik dengan perangai dia . Hari tu okey je dia nak berkawan dengan aku , sekarang ni dia macam cuba jauhkan diri dari aku " luah Syakir

"Oooo ... aku tak tahu la aku patut cerita tak kat kau ni . Rasanya sebab Batrisya Zayyana kut . Aku rasa la . "

"Apa kes pulak ni sampai nama Batrisya
ada ni ?" Tanya Syakir , pelik .

"Aduh , wei aku kena tanya Aria dulu la sebelum cerita kat kau . Takut kang aku dah cerita kat kau dia marah aku pulak ."

"Fiza ... kalau kau tanya dia dulu confirm dia tak bagi kau cerita kat aku . Kau tahu kan macam mana perasaan aku kat Aria? Jangan buat aku macam ni wei . Dah lama aku nak berkawan dengan dia tapi tahun ni baru ada peluang . Jangan bagi aku hilang peluang ni sebab aku tak tahu bila lagi peluang macam ni akan datang . "

"Okey sebelum aku cerita, janji dulu jangan bagitahu Aria aku yang cerita kat kau ."

"Okey aku janji"

"Okey macam ni ceritanya , hari isnin tu aku dengan Aria duduk kat kantin sementara tunggu kelas tambahan math. Tetiba Batrisya datang kat kitaorg dan dia simbah air kat muka Aria , Muka Aria waktu tu memang terkejut . Aku pun tanya la si Batrisya ni apa masalah dia simbah air kat Aria , lepas tu dia jawab 'aku membenci kat perempuan miskin ni , Tak sedar diri . Kau tahu tak kau dengan Syakir macam langit dan bumi ? Ada hati dan bercinta dengan dia . Syakir Zufairi aku yang punya !!' . Lepas dah marah Aria , Batrisya blah. Aku tanya Aria okey tak ni? Dia senyum je lepas tu terus balik . " Panjang lebar Fiza cerita dekat Syakir .

"Thanks Fiza . Boleh tak lepas ni kalau ada apa-apa mengenai Aria terus bagitahu aku boleh ?" Pinta Syakir . Kesianya dia pada Aria .

"Tengok pada keadaan dulu . Syakir betul ke kau bercinta dengan Aria ni?"

"Biar masa yang menjawab semua ni . Terima kasih sangat Fiza atas bantuan kau , kalau tidak mungkin sampai sekarang aku tak tahu pasal ni . "

"Sama-sama Syakir ."

Syakir mengeluh . Esok dia kena minta maaf dengan Aria dengan apa yang Batrisya buat . Aku nak buat apa eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience