Bab 10

Other Series 8695

Syakir Zufairi memilih untuk berjumpa dengan Aria Natalia di Padang Sekolah selepas habis kelas tambahan . Harapannya agak dia dapat menjelaskan perkara sebenar.

"Syakir?" Tegur Aria Natalia setelah dia diberitahu Fiza yang Syakir ingin bertemu dia di padang sekolah . Aduh apa lagi mamat ni nak! Tak tahu ke dah nak spm sibuk nak jumpa .

" Aria , saya tahu awak marahkan saya tentang Batrisya kan? Saya dengan perempuan tu tak ada apa-apa . Awak percayakan saya kan?"

"Aku tak kisah pun sama ada kau ada hubungan ke tak dengan dia Syakir . Satu lagi boleh tak jangan ganggu aku lagi? Tolong la SPM dah nak dekat ni ." Rayu Aria . Dia rimas dengan cinta monyet Syakir berikan .
"Aria awak kena kisah mengenai hal ni!!!" Jerkah Syakir . Kesabarannya sudah tiada . Betapa dia gilakan perempuan di hadapannya sekarang .

Aria terkedu. Tidak tahu nak kata apa .
Setelah mencari kekuatan aku bersuara

"Ini pertemuan akhir kita"

"Akhir? Kau jangan nak melawak Aria . Kenapa susah sangat kau nak buka hati kau untuk aku? Kenapa Aria ? Kenapa ? "

"Syakir aku balik dulu." Aria minta diri untuk pulang sebab dia tidak mahu perkara yang buruk berlaku .

Syakir Zufairi menarik pergelangan Aria membuatkan gadis itu berada di dalam pelukannya .

Aria terkedu . Pergelangan tangannya sakit . Tapi dia tidak tahu mahu buat apa .

"Lepaskan aku , Syakir Zufairi." Tergetar-getar aku menutur ayat . Kerana aku terkejut dengan sikap lelaki dihadapan ku ini . Lelaki yang selalu berlembut tetiba bertukar menjadi sebegini .

"Aku takkan lepaskan kau! Selagi kau tak bagitahu aku kenapa kau susah sangat nak terima aku dalam hidup kau ?! " Syakir menghempus nafasnya yang terasa berat . Dia tahu dia kejam sebab memperlakukan Aria begini . Tapi ini sahaja jalan yang dapat dia fikirkan . 'Maafkan saya Aria' luah Syakir di dalam hati .

"Syakir sakit . Tolong lepaskan . Aku merayu ."

"Jawab soalan saya dah saya akan lepaskan tangan awak Aria ."

"Syakir Zufairi , aku bukan untuk kau. Kita ditakdirkan untuk saling mengenal tapi kita tidak di takdirkan untuk memiliki satu sama lain . Aku boleh kawan dengan kau tapi aku tak boleh bercinta dengan kau . Aku harap kau faham . Tolong lepaskan tangan aku ."

Syakir akur . Dia lepaskan tangan Aria . "Tapi Aria kenapa ? Kenapa awak dengan saya tak boleh untuk bercinta ?"

"Syakir , kau percaya pada jodoh? Percaya la kalau kita di takdirkan untuk bersama sejauh mana kita berada pasti kita akan berjumpa . Perancangan Allah itu terlalu indah . Aku janji kalau kita berjumpa suatu hari nanti aku takkan tolak hati kau , aku akan terima dengan hati yang terbuka . Buat masa sekarang biar la kita membuat haluan masing-masing . "

Syakir akur . Matanya menghantar kepergian Aria Natalia .. Dia tidak tahu mahu mengata apa lagi . Semuanya kosong .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience