BAB 4

Other Series 8695

" Hari ni Cikgu Math tak hadir !" Ucap Hamzah, ketua kelas dengan lantang dihadapan kelas 5 Melati .
"YAAAAAAAYYYY,WOHOOOOOO " jerit kelas 5 melati . Hamzah diberitahu yang guru tidak dapat hadir atas masalah kesihatan .

"Oh ya sebelum lupa tadi cikgu sejarah ada suruh aku panggilkan Syakir, Naim, Afdzal , Catrissa , Fiza dan Aria . Cikgu nak minta tolong sikit dengan korang . Pergi la sekarang " pesan Hamzah sebelum duduk ditempat belajarnya .

"Apa lah yang bapak kesayangan Syakir ni nak agaknya " perli Afdzal sebelum mereka semua pergi ke Bilik Guru .

Aria menyanyi kecil. Hatinya berdebar, tapi dalam masa yang tertanya-tanya apa lah yang cikgu Zul hendak mereka buat .

"Datang dah kamu semua ?" Tanya cikgu zul sambil mengira jumlah yang ada di hadapannya .
"Cikgu nak kita orang buat apa ni ?" Tanya afdzal dengan ragu-ragu

"Ok memandangkan semua yang saya panggil dah ada mari kita masuk ke bilik mesyuarat dulu " ajak cikgu Zul . Kami semua mengekorinya sambil berbisik-bisik . Apa lah yang bakal kami buat ni ?

"Okey macam ni , cikgu ada satu program dan memerlukan 6 orang pelajar untuk bantu cikgu menguruskannya . Kamu takada masalahkan ?" Soal cikgu zul
"Program apa yang cikgu "soal naim .

"Program membantu anak-anak yatim. Jadi antara kamu siapa yang nak tarik diri sebelum cikgu terangkan dengan lebih lanjut " Tanya cikgu zul . Cikgu zul memilih mereka kerana tahu yang mereka boleh membuat kerja .

Masing-masing memandang sesama sendiri dan bersetuju untuk membantu cikgu Zul . "Kami semua bersetuju untuk bantu cikgu , sebab tak selalu kami dapat peluang membuat kerja amal" kata Syakir mewakili kawan-kawannya yang lain .

"Tak salah cikgu pilih kamu semua untuk bantu cikgu . Okey pertama sekali cikgu akan bahagikan kepada 3 group . Group 1 afdzal dan catrissa , group 2 naim dan fiza , group tiga Syakir dan Aria . Setuju ? "

"Okey" jawab kami berenam serentak .

"Group 1 cikgu nak kamu tanya pada kelas-kelas lain ada tak sesiapa yang ingin memberikan sumbangan . Group 2 cikgu nak kamu cari aktiviti apa yang sesuai untuk kita lakukan disana nanti . Group 3 cikgu nak kamu uruskan makanan okey ? Listkan barang dan pergi beli , nanti disana Aria dengan Syakir yang akan masak . Ada bantahan ? Tanya cikgu zul inginkan kepastian

Masing-masing menggelengkan kepala menunjukkan tiada bantahan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience