BAB 5

Other Series 8695

SYAKIR menguis-nguis kakinya . Sedari tadi dia tidak senang duduk . Sekejap duduk sekejap dia berdiri. Tak tahu apa yang membuatkan dia nervous sangat padahal cuma keluar berdua dengan Aria Natalia untuk membeli barang yang akan digunakan esok untuk program bersama Anak-anak yatim . Mengada la kau ni Syakir Zufairi bukan kau pergi dating dengan Aria Natalia sampai nak nervous bagai marah Syakir pada dirinya sendiri .

"Hai ... lama dah kau tunggu? " sapa Aria Natalia sambil mengerling keadaan Pasaraya yang tidak lah sesak sangat .

"Errr ... hai ... tak la lama dalam 10 minit juga aku duduk sini . Kau dah makan ke? Soal Syakir gugup. Tenang Syakir tenang , kau kena control macho kau depan Aria jangan nampak sangat yang kau tu suka dia .

" Dah makan tadi sebelum keluar rumah . Mana list bahan yang nak kita beli tu?" minta Aria Natalia pada Jejaka dihadapannya ini

"Nah ni listnya " hulur Syakir kepada Aria .

" Banyak juga kan barang yang hendak kita beli? "

"Hmm banyak juga , tapi jangan risau sekejap je ni aku bab-bab bahan dapur ni aku dah grad dah " seloroh Syakir membuatkan Aria Natalia ketawa .

"Ada-ada je kau nikan. Dah jom la masuk kang nanti ramai orang lagi susah kita nak beli"

"Okey , jom" balas Syakir .

Hampir satu jam Syakir Zufairi dan Aria Natalia didalam pasaraya dan akhirnya mereka berjaya membeli bahan-bahan yang akan digunakan esok .
"Fuhhhh settle . Penatnya " Kata Aria setelah mereka selesai membeli barang.

"Kau duduk kat kerusi sana kejap , aku pergi belikan air . Kau nak air apa ?" Tanya Syakir kepada Aria .

"Hmm beli aku air mineral je la "

"Mineral je? Serius ni? " soal Syakir dengan muka berkerut.

Aria hanya mengangguk tanda mengiakan yang dia memang hendak minum air mineral sahaja . Syakir pun pergi membeli air . Bagi Syakir ini lah peluang keemasan untuk dia lebih mengenali gadis yang bernama Aria Natalia . Sebab di sekolah Aria lebih banyak habiskan masa dia membaca buku dari bergaul .

"Nah air mineral kau" hulur Syakir kepada Aria .

"Thanks , nanti aku bayar"

"Tak payah la nak bayar , air mineral je aku beli untuk kau "

"Tak kira air apa pun kau beli tetap guna duitkan ?"

" Haha Yalah Yalah . Macam mana persediaan SPM kau " Syakir Zufairi menukar topik

" 70 peratus dah sedia , kau budak pandai dalam kelas mesti dah ready kan?"

"Kau pun apa kurangnya , pandai juga . Cuma kau kurang melibatkan diri dalam kokurikulum kan?" Tanya Syakir . Dia memang dah lama nak tahu kenapa Aria Natalia tak pernah aktif dalam aktiviti kokurikulum .

"Aku ada kerja nak buat sebab tu aku tak boleh datang " jawab Aria pendek.

"Kerja? Kerja apa ?"

"Eh sekarang dah pukul berapa ni?" Soal Aria

Syakir melihat jam ditanganya "baru pukul 2 , awal lagi takkan kau dah nak balik? Aku ada banyak benda nak tanya kau "

"Tanya mengenai apa ya?" Soal Aria inginkan kepastian .

"Hmm ... hmmmmm aku , aku sebenarnya " Syakir berhenti patut ke aku bagitahu sekarang atau simpan dulu

"Aku sebenarnya ? Kenapa kau gagap ni " Aria ketawa dengan kuat . Mana taknya kelakar dia melihat lelaki dihadapannya ini .

Syakir menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan . Baginya ini la peluang untuk dia meluahkan isi hatinya . "Aku sebenarnya sukakan kau Aria Natalia"

Aria ketawa lagi . " apa yang kau cakapkan ni?"

"Aria , aku tak main-main dengan perasaan aku sendiri . Aku memang dah lama sukakan kau . Aku tak tahu sejak bila perasaan itu wujud" kata Syakir dengan serius . Dia tidak mahu Aria menganggap dia cuma berlawak soal hati .

Aria Natalia blur. Dia tidak tahu macam mana nak respond soalan tadi .

"Aria Natalia , saya tak minta awak untuk terima saya sekarang . Saya cuma nak awak tahu isi hati saya . Kita boleh berkawan lebih rapatkan?" Tanya Syakir lagi apabila melihat Aria hanya mendiamkan diri .

" Syakir , aku taknak menaruh harapan pada sesuatu benda yang tak pasti tapi kita boleh berkawan" balas Aria dengan tenang .

Mahu sahaja Syakir melompat mendengar jawapan dari Aria . Baginya Aria telah memberinya peluang untuk berkawan itu lebih dari baik . Soal hati jangan risau Aria pasti cair dengannya . Biar masa yang menentukan ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience