BAB 7

Other Series 8695

4.30 petang, 17 Feb 2015

"Apa yang kau tengah buat tu ?" Tanya Aria kepada kawan baiknya Deeba yang dari tadi asyik termenung je .
"Takada apa , saja aku termenung memikirkan sesuatu ."

"Kau fikirkan apa ? Bagi lah tahu mana tahu aku boleh tolong kau?"

"Aku sebenarnya .... se..benarnya ... dah jatuh cinta dengan seseorang."

Aria ketawa mengekek . "Laaa ingatkan ada masalah dunia tadi . Normal la umur macam kita dah mula jatuh cinta . Siapa lelaki yang malang tu?"

Deeba membuat muka toya. "Hishh, kau ni ! Sebab tu malas nak cerita ni."

Aria ketawa . "Okey-okey cerita lah siapa lelaki tu ? Aku janji aku takkan ketawa lagi ." Aria menunjukkan isyarat menutup mulutnya .

"Nama lelaki tu Syakir Zufairi , dia baru jee pindah dekat sekolah SMK CEMPAKA ni . Dia kelas 3 Anggerik . Pertama kali aku pandang dia , jatuh aku berdegup laju weh macam nak meletup "

Aria ketawa lagi apabila kawan baiknya sudah menghabiskan cerita . Lucu . Kawannya susah hendak bercerita mengenai lelaki ,ni kalau dah cerita mesti lelaki tu istimewa .

"Serius ke kawan aku dah mula jatuh cinta ni? Habis kau nak suruh aku buat apa ? Aku boleh tolong asalkan kawan aku ni tak kemaruk cinta . "

"Okey macam ni, boleh tak kau bagi surat kat dia, dan dalam surat tu nanti aku bagitahu tempat kat mana yang aku nak jumpa dia"

"Okey Boss" balas Aria dengan gembira . Mereka bersama-sama ketawa memikirkan apa yang bakal mereka lakukan .

Setelah beberapa hari surat sudah sampai kepada pemiliknya . Dan hari yang dijanjikan pun telah tiba . Deeba dan Syakir Zufairi akan berjumpa di anjung C dimana tiada orang disana .

************************************

"Woi perempuan gemuk kau pun ada hati ya nak bercinta? Cuba sedar diri sikit kau dengan Syakir macam langit dan bumi" kata afdzal dengan sindir.

"Badan macam tong dram ada hati nak dengan anak raja"

"Kau tak pernah cermin diri sendiri ke? Ke cermin kat rumah kau tak muat untuk kau ?"

Dan beberapa lelaki lain ketawa terbahak-bahak .

Deeba hanya diam . Hatinya sakit. Dia sedar dia gemuk , tidak secantik gadis lain tapi dia juga manusia yang punya hati . " sa..ya... min...ta maaaf ... sa..ya.. se...pat...uhnya ... se.. dar .. di .. ri .. " tergagap Deeba ingin memohon maaf . Deeba cuba memandang Syakir Zufairi tetapi hatinya hancur . Syakir Zufairi hanya mendiamkan diri dan tersenyum sinis terhadapnya . Deeba berlari dari situ dia malu , dia malu diperlakukan seperti itu . Deeba mencari Aria dan menceritakan semuanya ..

Aria marah , Aria ingin berjumpa dengan lelaki yang telah membuat sahabatnya menangis tetapi Deeba memujuk . Katanya kalau sayang dia biarkan benda ini berlalu .....

Aria mengesat air mata yang mengalir.Peristiwa 2 tahun lalu masih tergiang-gia dikepalanya . Rindunya dia pada sahabatnya yang telah dijemput Ilahi terlebih dahulu . Selepas berlaku peristiwa diantara Deeba dan Syakir Zufairi , Deeba tidak mahu datang ke sekolah lagi dan dia hanya duduk dirumah sehingga la suatu hari Deeba ditimpa kemalangan dengan keluarganya dan mengakibatkan Deeba kehilangan nyawa. Semoga kau tenang di sana Deeba .

Aria menghela nafas yang berat . Rindunya aku pada kau Deeba . Semoga kau baik-baik sahaja disana , aku sentiasa berdoa untuk kau . Akhirnya Aria tertidur bertemankan air mata rindu pada sahabatnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience