Bab 11

Other Series 8695

'Kring ... kring ... kring ...'

"Wowwwwww finally merdeka" jerit Afdzal selepas keluar dari dewan diikuti dengan suara kawan-kawannnya menjerit . Setelah 2 tahun berhempas-pulas belajar akhirnya habis juga peperiksaan SPM . Harap keputusan sama dengan usaha yang telah dilakukan .

"Wei lepas ni aku nak rehat cukup-cukup kalau boleh nak tidur 24 jam terus . " tambah naim

"Baik kau mati je kalau nak tidur macam tu."

"Korang , aku gerak dulu la . Ada benda yang aku nak buat . " Syakir Zufairi meminta diri . Dia kalau boleh nak keluar dari sekolah ni secepat mungkin , dia nak melupakan peristiwa yang menyakitkan diri dia . Dia nak lari dari semua ni .

"Woi Syakir , kita baru merdeka ni . Takkan nak balik ? Jom la lepak dulu ?" Pinta Afdzal

"Nanti la kita lepak . Sekarang memang aku kena gerak ."

Afdzal dan naim hanya menganggur .

************************************

" Aria lepas ni kau buat apa sementara tunggu result SPM keluar ?" Tanya Fiza pada kawannya .

Aria berfikir sejenak sebelum menjawab pertanyaan kawannya . " Hmm aku kerja kot ."

"Kerja? Sebelum kau mula kerja apa kata kau join kelas kita pergi trip ke pulau perhentian ? Rehat kan mental dan fizikal . Kau join kan ? Jom laaaa !!" Rayu Fiza

" Tak pergi lah aku . Kau pergi jelah dengan kawan-kawan yang lain . "

"Hishh kau ni . Kalau pasal duit jangan risau biar aku belanja kau . Jom la Aria pergi lepas ni tak tahu bila lagi kita boleh jumpa . Mesti lepas ni masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. " pujuk Fiza

" Hmm tengok la macam mana nanti . Kau ni menyusahkan je nak belanja aku bagai ." Keluh Aria .

"Takadanya menyusahkan. Esok aku bayarkan . Kau jangan tak pergi pulak ."

Aria mengangguk mengiakan yang dia akan pergi . Fiza dan Aria berpimpin tangan keluar dari sekolah yang memberi seribu satu kenangan yang selalu akan dipahat dihati masing-masing .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience