BAB 8

Other Series 8695

SEAWAL jam 7 pagi cikgu zul dan 6 orang pembantunya sudah sampai ke Rumah Anak-Anak Yatim Qaseh yang terletak di Puchong Batu 13 .

"Ok kamu semua dah boleh ambil posisi tugas masing-masing ya" arah cikgu zul

Afdzal dan Catrissa ditugaskan untuk mengumpulkan anak-anak yatim dan memberi taklimat aktiviti yang bakal mereka lakukan . Manakala cikgu Zul , naim dan fiza mereka sedang menyediakan peralatan yang akan diguna untuk membuat aktiviti. Syakir dan Aria sedang membuat sarapan pagi .

"Selamat pagi Aria , baru dapat cakap berdua tadi sibuk uruskan bahan-bahan " tegur Syakir dengan ramah .

"Hmm pagi" jawab Aria ringkas.

Syakir tersenyum . Dah jatuh cinta dengan perempuan diingin kena tabah ya wahai hati pesan Syakir pada dirinya .

" Pagi kita buat Sandwich tuna ,telur dan Sardin . Air pulak kita bancuh milo panas dengan teh tarik "

"Okey , biar aku sediakan bahan-bahan nak buat sandwich . kau pergi buat air."

"Okey."

Syakir dah siap membuat air . Jadi dia ingin membantu Aria membuat Sandwich . Tersenyum-senyum Syakir melihat gadis di depannya khusyuk sungguh buat kerja sampai tak perasan orang sekeliling dia .

"Aria, nak saya tolong apa-apa tak?" Tanya Syakir tapi soalan Syakir telah membuatkan gadis di depannya terkejut.

"Arghhh !! " Aria menjerit kecil . Aduh sakitnya jari dia . Syakir yang terkejut melihat jari Aria berdarah terus pergi kearah Aria dan menghisap jari Aria yang berdarah bagi menghentikan pendarahan .

Aria betul-betul terkejut dengan tindakan Syakir yang memegang tangannya tapi badannya kaku . Tidak bergerak membiarkan Syakir terus memegang tangannya .

Syakir Zufairi dan Aria Natalia bertentang mata . Perkara itu telah membuatkan hati Aria berdebar . Mereka seperti hanyut di dunia mereka sendiri . Semakin rapat ........

"Abang ! akak ! " panggil salah seorang anak yatim membuatkan Syakir dan Aria kembali ke dunia nyata .

Aria malu . Apa aku buat tadi? Kenapa aku biarkan dia pegang aku . Aria kau tak takut dosa ke . Kenapa sekejap sahaja kau boleh hanyut marah Aria pada dirinya sendiri .

"Ya mirza , ada apa awak datang sini ?" Tanya Syakir untuk mengurangkan debaran hatinya yang bagaikan hendak meletup!!

"Abang afdzal pesan cepat sediakan sarapan sekejap lagi program nak dimulakan " bagitahu mirza dan terus berlalu .

Suasana sunyi .......

"Aria , jari awak okey tak?" Tanya Syakir .

"Okey , sikit je ni . jom siapkan sandwich ." Ajak Aria . Dia ingin cepat berlalu dari situ .

Setelah selesai membuat sandwich , Syakir dan Aria menghidangkan penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Qaseh untuk menjama makanan yang telah mereka sediakan .

Aria tersenyum puas melihat anak-anak syurga makan dengan berselera . Sesudah makan terdengar suara afdzal memanggil

"Okey adik-adik semua mari berkumpul di sini" setelah mereka berkumpul afdzal memulakan tugasnya sebab MC .

"Assalamualaikum adik-adik"

"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak

"Dah kenyang makan tadi?" Soal afdzal

"Dah"

"Sedap tak abang Syakir dan akak Aria buat sandwich tadi ? "

"Sedap sangat "

"Alhamdulillah , okey hari ni kita nak main game . Siapa nak main game akan tangan" jerit afdzal

Mereka semua mengangkat tangan dan melompat-lompat kerana tidak sabar untuk melakukan aktiviti bersama abang-abang dan kakak-kakak yang baik .

Bermacam-macam aktiviti dilakukan bersama . Selesai makan mereka solat berjemaah bersama .

Selesai solat , iman membaca doa .

Aria berbisik pada fiza "Merdunya suara .siapa yang jadi iman tadi?"tanya Aria

Fiza mengelengkan kepala sebab dia tidak tahu siapa gerangan yang menjadi iman untuk solat zohor berjemaah ini .

Akhirnya habis juga program yang dianjurkan oleh cikgu zul . Setelah mengemas dan bersalam dengan penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Qaseh kami pun beredar .

Cikgu zul mengucapkan terima kasih kepada anak-anak muridnya yang banyak membantu menjayakan program tanpa mereka mesti tidak akan menjadi program ini .

Setelah menghantar 6 muridnya dihadapan pagar sekolah cikgu zul pun minta diri untuk beredar .

"Syakir kau balik naik apa?" Tanya naim

"Mummy aku ambil kot nanti ." Balas Syakir

"Betul ni taknak tumpang aku balik sekali ?" Tanya naim inginkan kepastian.

"Ya taknak . Kau balik je dulu dengan afdzal . Jumpa esok " lambai Syakir pada kawan baiknya .

Catrissa dan fiza pun sudah pulang ke rumah masing-masing . Kini tinggal Aria dan Syakir di pintu pagar sekolah . Syakir berdiri sebelah Aria .

" Aria, semalam kan saya bagitahu awak yang saya nak awak temankan saya?"
"Yalah pergi mana" tanya Aria tanpa memandang muka Syakir .

"Ikut je nanti awak akan tahu"

"Cakap dulu nak pergi mana ? Kalau tak saya eh tak aku balik . " Aduh Aria macam mana kau boleh tersasul ni?

Syakir ketawa , lucu dia melihat Aria tersasul begitu . Comel desir hati Syakir .

"Jom la . " ajak Syakir setelah dia menahan teksi .

Aria berdiri kaku . Kenapa pulak dia nak bawa aku naik teksi bagai . Jangan-jangan dia nak jual aku kot . Fikiran negatif telah muncul dibenak Aria .

"Aria Natalia jom la." Panggil Syakir buat kali kedua . Dah kenapa Aria ni termenung sampai orang panggil pun tak dengar . Syakir dengan berani menarik tangan Aria untuk mengikutnya masuk ke dalam teksi .

Aria kaku . Kenapa hari ni dia membiarkan lelaki pegang dia sesuka hati . Mana maruah kau Aria .

"Syakir kita nak pergi mana sekarang ni?!" Tanya Aria dengan nada yang marah

Syakir senyum memandang Aria " awak ikut je nanti awak tahu . Dah nak sampai dah "

Aria memandang sekeliling kawasan . Fuhh lega bukan hutan rupa-rupanya mamat ni nak bawa aku pergi Paradigm .

"Okey sampai dah ."

Setelah membayar , teksi terus beredar. Syakir menghampiri Aria .

"Jom la masuk , saya ajak awak datang paradigm ni untuk meraikan temu janji pertama kita ."

Aria terkejut . Dia betul-betul blur . Semalam baru mamat ni luahkan perasaan tetiba hari ni dah terus keluar dating .

"Aria Natalia , jom la masuk . Awak nak saya pegang tangan awak lagi ke " ugut Syakir sambil tersengih nakal . Suka betul dia tengok muka Aria yang berona merah setelah diusik .

Aria melarikan diri dari Syakir . Hish mamat ni asyik nak ambil kesempatan je .

"Nak buat apa ni?" Tanya Aria

"Tengok wayang nak?"

"Taknak ! Pada aku habiskan duit tengok wayang baik aku beli makanan"

"Hari ni apa pun yang awak nak cakap je saya bayar"

"Betul ni?" Tanya Aria inginkan kepastian

"Ya apa je yang awak nak. " Syakir ingatkan Aria ni jenis perempuan tidak menerima tapi tekaannya meleset . Semua perempuan sama sahaja kalau dah dihulurnya duit .

"Aku nak balik"

Syakir terkejut . Salah lagi tekaannya . Aria .. Aria ... banyak betul perangai awak yang saya tak tahu .

"Jom ikut saya ," Ajak Syakir sambil menarik tangan Aria .

"Ya Allah Syakir , tak payah la pegang tangan aku , Aku boleh jalan sendiri" marah Aria sambil cuba menarik tangannya kembali tapi tidak berhasil.

" Dah diam ,ikut je saya "

"Aduh sakit lah tangan aku "

"Sorry,soryy saya tak pegang kuat dah"

Aria mengalah . Menyampah dia bercakap dengan lelaki yang asyik nak menang .

Syakir tersenyum puas . Akhirnya menang juga aku dengan kau Aria .

Setelah membeli tiket wayang dan popcorn . Syakir Zufairi masih memegang kemas tangan Aria . Mereka berdua masuk ke bilik no 7 untuk menonton cerita 'Bad Genius' .

Akhirnya Aria boleh menarik nafas lega setelah Syakir melepaskan tangannnya . Tayangan pun bermula .

"Aria , nak minum tak? "

"Taknak la"

"Minum lah ." Syakir menghulur air tapi Aria mengelengkan kepala menandakan dia memang taknak minum .

Syakir mendekatkan mukanya ditelinga Aria dan berbisik " Aria baik awak minum air ni kalau tak saya cium awak " ugut Syakir

Aria pusingkan mukanya untuk menghadap Syakir yang dari tadi asyik mengugut dia sahaja . Jarak dia dan Syakir hanya seinci , rapatnya aku dengar mamat ni.

"Kau cuma beli satu air dan kau nak aku kongsi minuman dengan kau?"

"Apa salahnya berkongsi minuman?"

"Banyak salahnya! Lagi satu aku tak minum air gas." Bentak Aria .

" Sorry Aria . Saya lupa nak tanya awak tadi. Awak nak saya pergi beli air lain untuk awak ke ?" Tanya Syakir

"Taknak , boleh diam tak Syakir ? Kalah kau dari tadi asyik nak bercakap baik kita tak payah tengok wayang "

"Okey saya diam."

Selepas habis menonton wayang . Syakir mengajak Aria makan di burger king . Dia ingin mengetahui banyak benda mengenai gadis ini .

"Ni 'long chicken burger' dan air mineral untuk awak."

"Thanks, Syakir . "

"Aria, boleh saya tanya kenapa awak selalu tak hadir kokurikulum?" Ya memang dah lama dia hendak tanya , tapi Aria selalu mengelak untuk menjawab .

"Aku kerja . Kenapa ?"

"Awakkan masih belajar ? Kenapa kena kerja ?"

"Aku kena kerja untuk bayar kelas tambahan dan beli buku latihan aku sendiri "

"Ayah awak tak bagi duit ke ? Kenapa awak yang kena cari duit sendiri ?"

Aria tersenyum mendengar soalan dari Syakir Zufairi . " Syakir kita dibesarkan dari keluarga yang jauh berbeza dan kau takkan faham apa yang aku lalui walau beribu kali aku cuba jelaskan."

Syakir Zufairi memandang Aria Natalia dengan penuh perasaan cinta . Baginya cukup la setakat ini sahaja dia bertanya soal hidup Aria biar dia mencari tahu sendiri .

"Syakir , jom balik ?"

"Aria saya nak minta maaf kalau saya sibuk tanya tentang kehidupan awak tapi niat saya hanya nak lebih mengenali awak dengan lebih dekat ."

"Takapa Syakir , aku faham."

"Lepas ni kita akan sibuk buat persediaan untuk SPM , saya harap kita dapat buat yang terbaik untuk masa depan kita . Jom balik ? Dah lewat ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience