Rate

9

Romance Series 1476

Irfan turun ke dapur untuk menyertai mama dan papanya bersarapan.Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan ada orang menghubunginya.

"Assalamualaikum Ir!" sapa si pemanggil.

"Waalaikumsalam, ye Zack.Ada benda penting ke kau call aku pagi-pagi ni?" tanya Irfan kepada sahabat lamanya Zack.

"Bukan penting pon sebenarnya, tapi aku saja nak ajak kau sarapan sekali laa.Sejak kau sampai Malaysia kita belum lepak sekali kan? Nampaknya kau dah lupakan kami laa." suara rajuk Zack sudah bermula.Lelaki pon boleh merajuk dengan lelaki.hahaha.

"Alololo, kesiannya manja saya ni.Macam ni laa Zack, kita lunch sama tengah hari nanti, waktu rehat nanti, aku dah start kerja, tak boleh laa nak lepak lama-lama dengan kau.Sorry tau" kata Zack penuh berhati-hati agar Zack tidak terasa dengan percakapannya.

Zack ialah seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga berada.Namun begitu, dia tak pernah bersikap sombong dengan orang lain walaupun dengan orang yang berpangkat lebih rendah darinya.Itu membuatkan Irfan senang hati untuk berkawan dengan Zack.

"Hmm, ok lah macam tu, aku jumpa kau tengah hari nanti.By the way, kau kerja kat mana?" tanya Zack selepas bersetuju dengan cadangan Irfan sebentar tadi.

"Kat mana lagi, aku kena kerja dengan papa aq laa, aku tak sanggup nk tolak rayuan dia semalam" cerita Irfan pada Zack.

"Haha, aku dah agak kau akan kerja dengan papa kau sebab kau jenis yang tak suka membantah arahan orang tua kan.." balas Zack yang sudah mengetahui sikap Irfan sebagai seorang anak yang taat pada kedua ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience