Rate

7

Romance Series 1476

"Assalamualaikum" tegur Tengku kepada anak angkatnya. Ya, Irfan ialah anak angkatnya yang diambil di rumah anak yatim Perdana. Irfan telah tinggal di rumah anak yatim setelah ibunya meninggal dunia. Sejak Irfan dimasukkan ke rumah anak yatim, dia telah bertukar menjadi murung, tetapi mujur lah murungnya itu tidak lama.Sejak dia dijadikan anak angkat kepada Tengku Rizal dan Tengku Diana, kehidupannya banyak berubah. Tengku Rizal menghantarnya ke UK untuk belajar tentang ilmu perniagaan dari sahabat baiknya di sana.

"Hehe, waalaikumsalam papa." Irfan termalu sendiri apabila ditegur sebegitu oleh papanya.

"Kenapa Ir tidak beritahu ayah yang rfan hendak pulang ke Malaysia? Kalau papa tahu, sudah tentu papa akan suruh orang pergi ambil Irfan dia airpot." kata Tengku Rizal.

"Sebab itu laa Ir tak nak beritahu papa. Ir tak nak menyusahkan orang lain." balas Irfan jujur.

"Hmm, ade je perangai kamu ni" kata Tengku Rizal hanya sekadar bergurau.

Irfan hanya tersenyum sahaja. Azan Asar berkumandang.

"Pa, jom pergi masjid, dah masuk asar ni" tersenyum Tengku Rizal akan ajakan anaknya ini.

"Ye lah, jom" balas Tengku Rizal.

***

Irfan terlanggar bahu seorang wanita ketika keluar dari masjid.

"Maaf cik" kata Irfan sambil menundukkan jepalanya tanpa melihat wajah wanita itu.

"Eh eh, kalau ye pon tak perlu laa nk menunduk-nunduk Irfan, ni saya Liana, tak ingat ke?" kata Liana.

Sebenarnya, Liana agak terkejut dengan kehadiran lelaki ini ke masjid.Ye laa, kebanyakan lelaki kacak tidak ke masjid, kalau ada, tu pon satu dalam seribu je.

"Ouh, Lia rupanya, saya minta maaf ye.Apa yang Lia buat di sini?" tanya Irfan.

"Ish, tak kan laa saya ke masjid untuk bermain pulak.Saya datang sini nak solat lah." jawab Liana dengan berseloroh.

"Ouh, mana lah saya tahu, saya ingatkan Lia ada majlis akad nikah ke ape tadi" gurau Irfan walaupun dalam hatinya sudah berdebar-debar seumpama baru sahaja selesai larian 5km tadi.

"Hahaha, saya nikah?? dengan pakaian yang macam ni?? awak ni lawak lah Irfan" kata Liana sambil tergelak kecil.

Irfan terkaku melihat gelak tawa Liana.Sungguh indah ciptaan Mu Ya Allah.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang kushuk memerhatikan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience