Rate

8

Romance Series 1476

"Masuk" kata Tengku Rizal sebaik sahaja mendengar pintu bilik kerjanya diketuk oleh seseorang.

"Papa, Ir nak tanya papa ni, papa nak Ir kerja dekat syarikat papa ke nanti?" tanya Irfan beranikan diri setelah agak lama persoalan itu berlegar-legar di dalam kepalanya.

"Bagus soalan tu, macam ni lah Ir.Ir tahu kan bahawa Ir sorang je anak lelaki yang papa ada, papa tak nak serahkan syarikat yang papa telah bina dengan hasil titik peluh papa sendiri, jatuh ke tangan orang yang tiada apa-apa kaitan dengan papa" terang Tengku Rizal.

"Tapi papa, papa kan tahu, walaupun Ir ni anak papa, tapi Ir langsung tiada pertalian darah dengan papa, Ir ni cuma anak angkat papa, Ir cuma menumpang saja di rumah ni" balas Irfan menahan penuh sebak di dada.

"Sudah-sudah lah tu Ir, papa dengan mama tak pernah anggap Ir ni anak angkat kami, kami dah anggap Ir ni betul-betul anak kandung kami.Lagi pun apa salahnya, kami dah tak ada anak lelaki lain dah, hanya kepada Ir seorang saja kami bergantung.Please Ir, tolong lah papa." rayu Tengku Rizal kepada satu-satunya anak lelakinya itu.

"Hmm, kalau macam tu, Ir akan ikut cakap papa" balas Ir.

Tengku Rizal berbangga sekejap dengan pengakuan anaknya itu, dia tahu bahawa Irfan tak akan pernah menegecewakannya.

Sejak dari dia mengambil Irfan sebagai anak angkatnya, tak pernah sekali pon Irfan melawan kata-katanya, Irfan seorang yang patuh keoada kedua arahan ibu bapanya.

Disebabkan itulah dia percayakan Irfan untuk meneruskan perjuangannya demi syarikat yang telah dia bina.

"Ok lah papa, Ir nak masuk bilik dulu solat isyak.Pastu terus tidur kot, esok kan nak masuk kerja" tanya Irfan meminta izin untuk pulang ke kamarnya.

"Ok lah, jangan tidur lewat sangat." kata Tengku Rizal.

"Ok papa" balas Irfan lalu menuju ke biliknya.

'Bukannya teruk sangat pon kerja dengan papa, boleh laa aku berjumpa dengan Lia' fikir Irfan sebelum melelapkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience