Rate

5

Romance Series 1476

8 tahun kemudian,

Irfan melangkah masuk ke dalam syarikat Mega Wangsa.(sis reka je nama syarikat ni ) Hari ini dia akan memulakan kerjayanya sebagai seorang ejen peribadi CEO Mega Wangsa.

Irfan menunggu dihadapan lif.Tiba-tiba ada seorang gadis yang menegurnya.

"Maaf, encik ni siapa? boleh berkenalan?" tanya si gadis tersebut.
Irfan hanya menjeling sahaja kepada gadis itu, dia tidak suka seseorang yang menegurnya hanya kerana rupa dan gayanya yang seperti artis ataupun orang bangsawan itu.Dia bukannya mahu memuji diri sendiri, tapi dia redha sahaja kerana itu adalah takdirnya.Lagi-lagi dia melihat gadis itu tifak menutup aurat sepenuhnya.Dia tidak suka, dia tidak mahu menerima sesiapa yang tidak menjaga auratnya kerana itulah prinsipnya.

"Sombongnya encik ni.." kata si gadis, Miya sebagai umpan untuk membuatkan Irfan bercakap.

Ketika itu lif terbuka, Irfan dan Miya memasuki lif.Sebaik sahaja Irfan menekan butang untuk menutup pintu lif, seseorang menjerit kecil agar Irfan menahan pintu itu.

"Terima kasih" kata seorang wanita yang telah memasuki lif dengan kelam kabut itu.

"Sama-sama, perkara kecil sahaja" kata Irfan.Miya mengumpat di dalam hati 'ciskek punya lelaki, aq tegur dia tadi langsung tak nak buka mulut!'.

Sebenarnya dia bukannya tak nampak Miya menarik muka kelatnya yang ke seratus apabila dia bercakap dengan wanita yang disebelahnya.

"Assalamualaikum, nama saya Irfan, apa nama awak?"
"Waalaikumsalam, nama saya Liana, boleh panggil Lia."
"Ouh, awak kerja apa di sini?"
"Saya ialah setiausaha kepada CEO di syarikat ini." Jujur Liana kepada Irfan.
"Apa jawatan En.Irfan di sini?"
"Haha, tidak perlu berformal sangat dengan saya laa Lia, panggil saya Ir sahaja.Saya tidak mahu memberitahu awak lagi buat masa sekarang, awak akan tahu juga nanti."
Lif terbuka, lalu Irfan keluar dari lif.

"Jika ada rezeki kita akan berjumpa lagi."Kata Irfan sambil mengenyitkan mata kepada Lia.Lia tertawa melihat karenah Irfan.Miya yang melihat hanya mampu mengumpat di dalam hati.Sungguh dia kecewa dengan Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience