Rate

4

Romance Series 1476

"Mak! Ir dah balik!" Panggil Ir apabila tiada respon daripada maknya, Puan Halina.

"Kamu dah balik Ir, cepat bersiap Ir, akak akan bawa kamu ke hospital, sekarang mak kamu di hospital." Kata Kak Ira, selaku jiran paling kamceng dengan perangai Ir yang sangat lah nakal ketika dia masih kecil dahulu.

Irfan terkedu.

"Tapi kenapa mak di hospital?" tanya Ir dengan suara yang perlahan tetapi masih boleh didengari Kak Ira.

"Mak kamu sedang koma, dia pergi ke pasar pagi tadi, tetapi, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta.Kereta itu pulak terus larikan diri, tanpa membantu mak kamu." terang Kak Ira kepada Irfan.

Irfan mengelamun.

"Ir, cepat Ir! Kita tak banyak masa!" Kata Kak Ira sebaik sahaja tersedar bahawa Irfan sedang mengelamun.
"Baik, mari kita pergi sekarang."

Di dalam kereta...

'Kesiannya dekat Irfan, dia dilahirkan tanpa seorang ayah di sisi.Sekarang dia ditimpa ujian yang begitu berat untuk dia hadapi.Ya Allah, Kau bantulah hambamu yang sedang menderita ini, sesungguhnya Engkau lah tempat kami bergantung.Daripada Engkau kami datang, kepada Engkau juga kami kembali.' doa Kak Ira di dalam hati.

**************************************

Luruh hati Irfan apabila melihat keadaan Puan Halina yang seperti menunggu nafas terakhirnya itu.Ya, Puan Halina sedang nazak.Dia tidak dapat diselamatkan lagi kerana kekurangan banyak darah.Hospital pula tiada simpanan darah jenis O.

Irfan mendekati emaknya.

"Mak, jangan tinggalkan Irfan mak!" rayu Irfan.
"Irfan kena kuat sayang, ni semua bu..bukan kehendak mak, ni semua kehendak Sang Pencipta.Jangan lah ka..kamu membenci Dia kerana ini Irfan, kamu harus ta..tabah menghadapi se..segala ujiannya." nasihat Puan Halina.
"Tapi mak.."
Irfan tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Puan Halina meletakkan 1 jari dibibirnya.Puan Halina mengesat mutiara yang jatuh di pipi anaknya.

Tidak lama kemudia terdengar suara Puan Halina menarik nafas yang amat sukar, di saat itu lah nafas terakhirnya dihembus.Irfan terpana, dia tidak tahu mahu melakukan apa.Fikirannya kosong, tidak lama kemudian dia pon jatuh ke lantai dengan tangisan yang turun bagaikan air terjun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience