Rate

6

Romance Series 1476

"Tengku ada meeting tentang mega projek pukul 10 nanti, then, Tengku juga ada sesi lunch dengan sahabat baik Tengku, Tengku Fahid bin Tengku Amir.Itu sahaja untuk hari ini Tengku" kata Laila sebaik sahaja memasuki bilik bosnya.Baginya Tengku Rizal adalah seorang yang baik, dan amat peramah.Tiada sesiapa yang pernah melihat dia berlagak atau pun memarahi para pekerjanya.

"Ok, baik lah Lia, thanks for the information." ujar Tengku Rizal kepada Laila.

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dahulu ya Tengku.Tengku jangan lupa makan ubat tepat pada masanya ya." Tengku Rizal kini berumur 47 tahun, dia mempunyai penyakit jantung, jika dia tidak makan ubat tepat pada masanya, kita boleh agak apa yang akan terjadi kan?

"Ya ya. Baik lah, saya akan ingat tu."

Laila keluar dari bilik bosnya, lalu segera duduk di atas meja.

"Maafkan saya, adakah ini pejabat Tengku Rizal bin Tengku Idzham?"

Laila mengangkat mukanya untuk melihat gerangan yang bertanya kepadanya.Dia terpaku sebentar melihat keindahan ciptaan Allah didepan matanya kini.Dia terus berangan melihat seraut wajah yang telah berjaya memikat hatinya.

Irfan pon tidak menunggu lama, dia juga merenung seorang gadis yang telah mencuit hatinya di dalam lif tadi.Laila, seorang gadis yang telah berjaya memikat hatinya yang tidak pernah tersentuh dengan hati yang lain.

Laila tersedar.

"Awak ni Encik Irfan kan?" tanya Laila sebaik sahaja mengingati nama jejaka di hadapannya ini.Ya, dia yakin itu adalah Irfan, tapi dia masih mahukan kepastian.

"Ye saya, dan awak ni Laila kan?.Satu lagi, awak tak perlu laa nak berformal sangat dengan saya, kan saya dah cakap, just call me Irfan." Terang Irfan.

"Ye saya Laila, haha, ok laa, saya akan panggil awak Irfan." lalu Irfan tersenyum.

"By the way, Tengku Rizal ada di dalam?"
"Ye sebentar, saya akan panggilkan, apa nama penuh Irfan ye?"
"Muhammad Irfan bin Razman"
"Okey, sila tunggu sebentar ye.."

Laila menekan butang di interkom lalu di sambungkan ke Tengku Rizal.

"Tengku, Encik Muhammad Irfan bin Razman mahu berjumpa dengan Tengku, bagaimana?"

" Baik lah, izinkan dia masuk" Kata Tengku Rizal.

"Silakan masuk" kata Laila sambil mempersilakan Irfan ke pintu Tengku Rizal.

Dia mengetuk pintu dari luar, lalu Tengku Rizal memanggil dia masuk ke dalam pejabat nya.

"Papa!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience