Rate

1

Romance Series 1476

"Tolong laa kami puan, puan tak kesian ka pada mangsa kejadian? Dia masih muda puan, tapi sekarang dia sudah tidak dapat meneruskan kehidupannya, puan tolong laa bagi kami kerjasama puan untuk mencari penjenayah itu.Walaupun dengan cara itu tidak dapat mengembalikan nyawanya, sekurang-kurangnya kita dapat membantu roh mangsa pergi dengan tenang" kata Detektif Azhar kepada Puan Halina.

"Maafkan saya encik, tapi saya risau kalau apa-apa akan terjadi pada anak saya.Baru-baru ini penjenayah itu datang mengugut saya, dia kata dia akan mencari anak saya sehingga dapat jika saya bekerjasama dengan pihak polis" Puan Halina dengan nada yang kesal. "Tapi puan.." kata-kata Detektif Azhar terhenti apabila seseorang membuka pintu rumah Puan Halina.

"Mak, saya dah balik!" Suara Irfan kedengaran memanggil Puan Halina. "Kenapa Ir balik awal hari ini?" tanya Puan Halina kepada anak tunggalnya Irfan. "Saya ada exam hari ni mak, sebab tu dapat balik awal." terang Irfan.

"Ni siapa mak?" tanya Irfan apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenali duduk berhadapan dengan Puan Halina. "Kenalkan ni kawan mak, Detektif Azhar, Detektif Azhar, ini anak saya Irfan" kata Puan Halina sebelum Detektif sempat membuka mulutnya.

"Ouh, assalamualaikum pakcik!"
"Waalaikumsalam"jawab Detektif Azhar dengan senyuman manisnya.

"Ir pergi mandi, solat lepas tu baru makan" celah Puan Halina sebelum Detektif Azhar sempat bertanya.
"Baik mak" jawab Irfan tanpa ragu.

"Maafkan saya kerana bersikap biadap terhadap encik, tapi saya tidak mahu anak saya mengetahui tentang hal ini" tutur Puan Halina sebaik sahaja Irfan hilangkan dirinya ke dalam bilik.

"Tak mengapa, saya faham.Elok lah jika saya pulang dahulu, tapi saya masih menunggu keputusan puan, saya berharap puan dapat membantu menyelesaikan kes jenayah ini." Kata Detektif Azhar sambil berjalan untuk keluar.

Puan Halina hanya mendiamkan diri sambil mengiringi kepergian Detektif Azhar dengan ekor matanya.Di dalam hati, dia berasa kesal kerana tidak dapat menolong dalam kes itu, dia tidak mahu sesuatu terjadi kepada anaknya Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience