Bab 6

Mystery & Detective Series 2570

Berita tentang Ikhwan pun langsung masuk ke televisyen. Aina bertanya kepada Azeem bahawa adakah kematian Ikhwan ada kaitan dengan Azeem. Memang benar kematian Ikhwan disebabkan Azeem. Itu adalah perkara yang harus mereka lakukan untuk menyelamatkan diri agar rahsia mereka tidak terbongkar. Amni yang berasa tidak tenang atas kejadian sebelumnya, Dia pun menelefon Doktor Shahril. Doktor Shahril mengatakan bahawa dia tidak boleh datang ke apartmen Amni. Doktor Shahril pun memutuskan talian. Rupa-rupanya Doktor Shahril juga bersekelompok dengan Azeem dan Aina. Doktor Shahril tidak dapat ke apartmen Amni kerana Aina dan Azeem sedang berada di rumahnya. Mereka bertiga adalah satu kelompok yang bertujuan untuk mengambil semua harta kekayaan Amni yang merupakan keturunan orang kaya-raya. Doktor Shahril mengetahui banyak hal tentang Amni kerana dia adalah orang yang Amni percayai. Sedangkan Azeem dan Aina, merekalah orang yang beraksi, setelah membunuh nenek yang tinggal diseberang bilik Amni mereka menempati apartmen tersebut. Namun, Doktor Shahril memarahi Azeem kerana detektif itu merasakan yang nenek itu bukan bunuh diri. Intinya, Shahril menyalahkan Azeem yang membuat detektif dan polis merasa curiga. Azeem yang tidak terima kenyataan yang Shahril selama ini hanya bersembunyi dan mengendalikan mereka. Manakala Azeem dan Aina yang melaksanakan semua kegiatan tersebut. Azeem yang marah itu pun membunuh Doktor Shahril. Aina terkejut akan tindakan Azeem yang membunuh Doktor Shahril itu hanya terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience