Bab 4

Mystery & Detective Series 2570

Detektif Hazrin dan kawannya, mereka berusaha untuk mencari informasi lain dari orang yang rapat dengan Amni, contohnya Doktor Shahril. Mereka pergi ke rumah Doktor Shahril dan mereka menanyakan tentang Amni lalu selepas itu, mereka bertukar kad nama supaya dapat berhubung satu sama lain. Malam harinya setelah selesai makan malam, Aina berusaha untuk membantu Amni bagi mengurangkan traumanya itu supaya Amni dapat berhubung dengan dunia luar. Dia membawa Amni keluar dari bilik itu agar setidaknya Amni dapat pergi berjalan menuju ke lif. Sepertinya Amni betul-betul ketakutan dan dia berusaha dengan keras melawan rasa takutnya. Walaupun Amni baru saja berjalan beberapa langkah, dia sudah pun berdebar. Rupa-rupanya di tingkat bawah, Azeem sudah menuju ke atas, dia juga telah bertemu dengan Ikhwan. Sempat terjadi pembicaraan antara Azeem dan Ikhwan. Ikhwan mengatakan bahawa dia curiga atas kematian nenek itu kerana setelah nenek itu meninggal. Beberapa hari kemudian, ada orang yang ingin membeli apartmen itu. Di tingkat atas, Amni yang sudah sedikit mampu berjalan menuju ke lif melihat Azeem yang baru sahaja sampai ke tingkat itu. Amni kembali dihantui dengan traumanya itu begitupun dengan Aina yang takut disakiti lagi oleh Azeem yang pulang dalam keadaan mabuk.
Azeem yang sedikit mabuk itu pun tersalah masuk. Dia malah masuk ke apartmen Amni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience