Bab 3

Mystery & Detective Series 2570

Akhirnya Amni dan Aina berhasil menenangkan diri. Keesokkan paginya, Aina pun menyadari bahawa wajahnya sudah bengkak. Dia menangis sedih dengan nasib kehidupannya dan dia telah ditenangkan oleh Amni. Amni kembali menelefon Doktor Shahril, dia mengatakan bahawa dia memperbolehkan seseorang tumpang di apartmennya. Sebenarnya dia memang takut namun Doktor Shahril menenangkannya dan mengatakan bahawa itu adalah tindakan yang bagus kerana Amni mengizinkan dirinya untuk kembali bertemu dengan orang-orang yang berada diluar sana. Entah apa atau bagaimana, Azeem dari marah-marah semalam, dia tidak terlihat menyesal malah dia meminta maaf kepada Aina.
Keesokkannya harinya, Azeem dan Aina pulang ke apartmen dengan membawa beberapa beg kertas. Sepertinya mereka sudah berbaik dan mereka baru sahaja balik dari membeli-belah. Mereka kelihatan tersenyum bahagia. Pak Cik Ikhwan pun membantu Aina dan Azeem membawa beg kertas tersebut. Amni pun mendengar suara dan dia melihat ada Ikhwan disitu. Dia pun bergegas menulis surat yang akan dia titipkan kepada Ikhwan. Di dalam apartmen Azeem, Ikhwan mengatakan bahawa di apartmen yang diduduki oleh Azeem itu ada seorang nenek yang mati bunuh diri tetapi Ikhwan tidak mempercayai yang nenek itu mati bunuh diri malahan dia merasakan, nenek itu mati kerana dibunuh. Selepas mereka mendengar cerita itu, mereka terkejut dan mereka takut kerana perkara itu terjadi di tempat tinggal mereka. Ikhwan pun keluar dari bilik itu, selepas pintu itu tertutup. Ikhwan cuba mendengar perbualan Azeem dan Aina dari sebalik pintu itu. Dia pun melihat bahawa ada surat yang diselitkan oleh Amni. Ternyata itu adalah surat untuk diberikan kepada Aina untuk menjemput Aina makan pada malam itu. Aina menganggukkan kepalanya tanda setuju. Pada malam harinya, mereka pun makan bersama-sama. Aina sempat mengatakan bahawa dia mempunyai masalah kewangan. Dia hanya mempunyai 7.20 ringgit sahaja di banknya. Disebabkan Aina sudah menceritakan banyak hal tentang dirinya. Amni pun menceritakan tentang masa lalunya dan menceritakan bahawa dia trauma untuk keluar dari bilik apartmennya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience