Bab 7

Mystery & Detective Series 2570

Namun walau bagaimanapun, mereka adalah satu kumpulan sehingga dia hanya dapat membantu Azeem menanam mayat Doktor Shahril itu. Setelah melakukan semua tindakan kotor itu, Azeem dan Aina kembali ke apartmen mereka dan memikirkan bagaimana mereka akan melanjutkan misi itu iaitu untuk merampas harta Amni, mereka pun memiliki idea yang bernas. Mereka kembali membuat perkara biasa iaitu dengan membuat pertengkaran. Kini aksi pertengkaran mereka bermula dengan, Aina berusaha mencari pertolongan. Aina mengetuk-ngetuk pintu bilik Amni. Amni dengan terpaksanya membuka pintu bilik apartmennya. Apabila Amni membuka pintu, Aina masuk ke bilik itu manakala apabila Amni ingin menutup pintu itu. Azeem menolak pintu itu yang menyebabkan Amni tersandung. Azeem pun masuk ke dalam apartmen Amni. Amni yang melihat pertengkaran hebat itu hanya dapat berundur dan tidak dapat berbuat apa-apa. Setealah itu, Aina pun menembak Azeem. Azeem memulakan lakonannya seolah-olah kesakitan. Perkara yang paling mengejutkan apabila Amni menikam Azeem dari belakang. Aina pun meraung "Abang!!!" menitis air mata Aina apabila melihat suaminya itu ditikam. Yang mana itu membuatkan Azeem benar-benar terbunuh.

Sebenarnya, Azeem dan Aina hanya berlakon bertengkar namun Amni yang berniat baik ini menyebabkan Azeem dibunuh. Amni yang ketakutan lalu menutup pintu dan tingkap apartmennya itu. Amni berusaha menelefon Doktor Shahril namun Doktor Shahril sudah mati dan dikuburkan dibelakang rumahnya. Aina sempat menyalahkan Amni yang tidak mengetahui apa-apa. Amni pun tertekan akan perkara itu. Keesokkan harinya, Detektif Hazrin sekali lagi ke kedai antik yang dia temui sebelumnya. Pak Cik pemilik kedai itu mengatakan yang logo itu berbentuk 'W' yang bermaksud 'Waters Family' (keluarga kaya-raya).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience