Bab 8

Mystery & Detective Series 2570

Detektif Hazrin dan detektif Ariff pergi ke rumah doktor Shahril namun doktor Shahril tidak ada dirumah. Mereka mendengar ada bunyi anjing doktor Shahril yang mengais-gais sesuatu dibelakang rumah. Disitulah mereka mendapati terdapat mayat yang telah dikuburkan disitu. Sedangkan Amni yang menaip sesuatu dikomputernya tanpa dia sedari yang dia sedang diperhatikan oleh Aina. Lalu Amni kembali menelefon doktor Shahril dan ternyata pada saat bersamaan. Semasa polis tersebut melihat mayat doktor Shahril mereka mendengar bunyi telefon doktor Shahril yang juga ditanam bersama mayat itu.
Pagi itu, Aina menyuruh Amni untuk berehat di bilik. Amni pun menganggukkannya dan pergi ke biliknya. Aina yang mendengar telefon Amni, dia pun mengangkatnya, ternyata itu adalah panggilan dari detektif Hazrin. Betapa malangnya, yang mengangkat panggilan itu adalah Aina. Aina pun berpura-pura menjadi Amni. Detektif Hazrin berkata "Amni awak kena berhati-hati kerana doktor Shahril sudah terbunuh dan mayatnya baru saja ditemukan dan berkemungkinan awak sedang berada dalam bahaya. Awak juga harus berhati-hati dengan dua orang yang tinggal di depan apartmen awak" Setelah Amni selesai berehat, Amni pun keluar dari biliknya dan menyelimuti mayat Azeem. Semasa dia sedang menyelimuti mayat itu, Dia mendapati bahawa sebenarnya bahagian dada mayat hanyalah darah palsu, terdapat beg darah yang seolah-olah dia sudah ditembak oleh Aina. Begitu juga dengan pistol yang digunakan oleh Aina, tidak ada satu peluru pun yang terpakai. Ternyata pada saat bersamaan, ada seorang wanita yang berpakaian seperti Amni sedang berlari menuju bank. Dia adalah Aina yang menyamar sebagai Amni. Pada saat itulah Amni terus menyadari bahawa dirinya selama ini sudah dibodohi oleh orang sekitarnya termasuk doktor Shahril orang yang dia percayai. Rupa-rupanya, Doktor Shahril sengaja menyuruh Amni tetap berkawan dengan Aina kerana ingin mengambil semua harta Amni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience