Bab 1

Mystery & Detective Series 2570

Seorang nenek yang terbangun dari tidur kerana dia terdengar bunyi-bunyi aneh. Dia merasakan bahawa apartmennya sudah dimasuki oleh seseorang. Dia pun mendekati suara itu dan tiba-tiba....
Keesokkannya, nenek itu sudah meninggal dunia. Para polis dan detektif menyelidiki kes ini dengan sangat teliti. Antara detektif yang berada di situ adalah detektif Hazrin dan rakannya bernama detektif Ariff. Demi menyelidiki kes yang terlihat nenek ini bunuh diri, detektif Hazrin harus mencari informasi akan dia dapatkan dari orang-orang yang tinggal di sekitar apartmen nenek itu. Detektif Hazrin lalu memutuskan untuk menghubungi seseorang yang tinggal di depan apartmen bilik arwah nenek itu. Penyewa apartmen itu adalah seorang wanita yang bernama Amni. Amni adalah gadis yang selama ini mengurungkan dirinya di dalam apartmen sendirian. Dia biasanya berkomunikasi dengan menuliskan surat kepada orang yang dia percayai. Ikhwan ialah petugas apartmen ini, dia jugalah salah satu orang yang Amni percayai. Jadi, detektif Hazrin yang tidak dapat berkomunikasi dengan Amni itu pun bertanya kepada petugas apartmen itu. Ikhwan mengatakan bahawa selama ini dia membantu Amni untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Pada setiap kali Amni melihat Ikhwan menuju ke apartmennya. Dia pun menaruh surat melewati celahan bawah pintu apartmennya, dengan begitulah Ikhwan membantu Amni untuk berkomunikasi dengan yang lain. Detektif Hazrin yang sepertinya benar-benar butuh berkomunikasi dengan Amni untuk mencari informasi lain. Amni yang ragu-ragu pun akhirnya mempersilakan detektif Hazrin untuk masuk ke apartmennya. Apabila detektif Hazrin melihat Amni, detektif Hazrin melihat yang Amni sangat mencurigakan. Tidak lama kemudian, detektif Hazrin bertanya kepada Amni "Kenapa awak mengurungkan diri awak seorang diri?" Amni menjawab "Saya mempunyai trauma terhadap masa lalu saya dan saya tidak ingin bertemu dengan orang asing". Detektif Hazrin bertanya lagi " Adakah awak mendengar bunyi-bunyi aneh pada malam kematian nenek yang tinggal diseberang bilik awak?". Amni menjawab "Saya tidak mendengar apa-apa pun". Ketika Detektif Hazrin berada di sana, Amni pun memberikan secawan kopi kepada detektif. Detektif sempat melihat logo di dalam tadah kecil dari cawan tersebut dan setelah sedikit sebanyak mereka berbual. Detektif Hazrin tidak menemukan hal yang mencurigakan tentang nenek itu dengan Amni. Detektif Hazrin pun memutuskan untuk pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience