Bab 2

Mystery & Detective Series 2570

Keesokkannya, Amni pun menaip sesuatu dikomputernya yang merupakan bank privasinya. Sebenarnya Amni mempunyai kekayaan yang sangat banyak. Dia juga merupakan keturunan orang yang kaya-raya. Walau diperlihatkan sebuah berita tentang seorang anak kecil yang sudah menghilang 17 tahun lamanya. Dia bernama Amely Waters, Amely Waters adalah nama sebenar Amni. Di dalam berita tersebut sebenarnya adalah Amni, dialah yang selama ini sudah menghilang. Berita tentang dirinya menjadi sorokan kerana dia adalah anak dari keluarga yang kaya-raya. Amni sememangnya mempunyai trauma masa lalu ketika ayahnya melakukan kekerasan terhadap ibu dan dirinya. Pada hari itu, Detektif Hazrin pergi ke sebuah kedai menjual buku dan barangan antik. Dia memperlihatkan kepada pemilik kedai antik itu iaitu sebuah lambang yang ia lihat sebelumnya di rumah Amni. Pak Cik itu berkata "Baiklah, saya akan cari tahu lambang itu." Apartmen nenek yang sebelumnya pernah meninggal dunia itu sekarang sudah dibersihkan dan tidak lama kemudian, terdapat sepasang pasangan suami isteri yang ingin membeli apartmen itu.Amni dari apartmennya, dia mengendap dari lubang pintu. Dia melihat terdapat pasangan yang ingin membeli apartmen itu. Lelaki itu bernama Azeem manakala isterinya bernama Aina.
Amni yang tidak tenang mengatakan bahawa dia perlu berbicara secara langsung dengan Doktor Shahril. Doktor Shahril ialah orang yang Amni percayai. Doktor Shahril akhirnya pergi ke apartmen milik Amni. Doktor Shahril mengatakan bahawa Amni harus mengendalikan rasa takutnya terhadap orang-orang lain yang belum dia kenali. Intinya, Doktor Shahril ingin Amni tidak terlalu tertekan dengan apa yang dia lalui dan hadapi. Malam harinya, ketika Amni sedang memasak dia mendengar bunyi-bunyi aneh dari depan apartmen miliknya. Ternyata Azeem dan isterinya Aina, sedang bertengkar hebat. Suara pertengkaran itu sepertinya sedikit mengganggu Amni kerana terdengar seperti mereka saling menyerang dan terdengar ada suara pukulan ditambah lagi suara tangisan Aina yang dapat di dengari oleh Amni dan Amni yang melihat dari lubang pintu pun dapat merasakannya. Ketika Amni mengendap,secara tidak sengaja Amni menjatuhkan pasu miliknya itu dan itu di dengari oleh Azeem. Amni berusaha untuk kembali mengendap dia pun terkejut. Ternyata Azeem berada di depan pintunya. Setelah Amni memastikan yang Azeem tidak lagi berada di depan pintunya. Dia pun membuka pintunya bagi memastikan keadaan Aina. Dia pun melawan rasa takutnya untuk keluar dari bilik apartmennya. Dia pun menyentuh Aina lalu menarik Aina untuk masuk ke dalam biliknya. Situasinya sedikit meregangkan kerana sesaat kemudian, Azeem pun kembali keluar dari lif dan sampai ke apartmen Amni. Azeem menjadi sedikit gila pada malam itu, Azeem pun mengetuk pintu itu dengan sekuat tenaga. Dia juga berusaha untuk membuka pintu dengan paksa. Itu membuatkan mereka takut dan akhirnya Amni.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience