(6) seram sejuk

Horror & Thriller Series 3290

Penulis masih lagi menulis tika ini, yang kedengaran cuma titisan hujan yang menimpa atap, cengkerik yang kesejukan dan katak yang seronok berenang.

Angka jam menunjukkan 12.20 pagi, tika ini juga penulis masih lagi berfikir adakah meneruskan atau berhenti setakat ini saja. Semakin galak dia menulis, semakin meremang bulu romanya. Manakan tidak, setakat ini semua cerita benar. Degupan jantung semakin laju.

Tengkuknya semakin berbulu menahan rasa bulu roma yang sedari tadi berdiri dan kadangkala mendatangkan rasa geli dan aneh pada belakang tengkuknya. Perlahan belakang leher diusap, akan tetapi entah mengapa rsa itu tidak hilang. Terasa seperti seseorang sedang berdiri dibelakangnya. Seolah-olah sedang tersenyum.

sepertinya penulis harus berhenti seketika, terasa seakan ada tangan halus yang sedang perlahan meniti di tengkuk tika ini...tak sanggup lagi rasanya untuk menoleh menatap si dia yang menyeringai dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience