(2) Demam

Horror & Thriller Series 3291

"Suhu badan anak puan agak tinggi, jadi kami alan bagi preskripsi ubat untuk dia, nanti puan boleh ambik dekat kaunter ye"

Risau sungguh Puan Rohaya mengenangkan anak kesayangannya itu. Sudah dua hari dia demam, hari ini tiba-tiba suhu badan pula naik secara mendadak. Sejak balik dari kem 3 hari lepas, terus saja anaknya itu demam.

"Fika, Fika tidur dulu ye nak, mak nak masak bubur, nanti bubur dah siap mak kejutkan Fika ye" ucap Puan Rohaya lembut.

Anaknya hanya mengangguk lemah. Badannya masih lemah dan panas.

Dalam tidak sedar sudah 30 minit Puan Rohaya didapur, jam pula sudah menunjukkan jam 7 malam, bubur pun sudah hampir siap. Puan Rohaya segera berlalu ke luar untuk mengejutkan anak kesayangannya.

"Fika....bangun nak...dah pukul 7 ni, bubur pun dah nak masak, Fika bangun ye sayang...mandi.." panggil Puan Rohaya.

Senyap. Panggilan Puan Rohaya tidak berbalas, hatinya mula tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang menarik Puan Rohaya untuk masuk kedalam bilik anaknya.

"Fika...." panggil Puan Rohaya sambil membuka pintu. Anaknya masih begitu, terbaring diatas katil dalam keadaan mengiring. Dengan berhati-hati, Puan Rohaya menuju kearah anaknya.

"Fika...Bangun nak...Fika ok tak ni..." Bahu Fika digoncang lembut.

Masih diam tanpa jawapan. Puan Rohaya sudah tidak dapat menahan sabar, dipusingkan badan anaknya.

"Ya Allah....! Anak aku...!" Jerit Puan Rohaya melihat muka anaknya yang sudah berubah hodoh itu, mukanya dipenuhi duri-duri yang tajam.

"Panggg...!"

Tiba-tiba ada bunyi kuat yang menerpa dari arah sudut bilik anaknya. Alangkah terkejutnya Puan Rohaya apabila melihat makhluk kedua yang menyerupai anak yang berwajah hodoh tadi sudah memanjat dinding bilik.

"Abang...!!! Tolong...!!!" Jerit Puan Rohaya memanggil suaminya.

"Rohaya, kenapa ni?? Astaghfirullahalazim..!!" Hampir saja Encik Rahim rebah melihat dua makhluk didalam bilik anaknya itu, kedua2nya menyerupai anaknya, yang berbeza hanya mukanya hodoh berduri dan salah satu makhluk itu berada di katil anaknya, manakala makluk kedua sedang melekat didinding.

Dengan segera Encik Rahim terus melaungkan azan. Kedua-dua makhluk itu menggelupur dan terus menghilang.

"Mak,ayah....kenapa ni? Kenapa mak nangis?" tanya Fika setelah membuka mata.

Pertanyaan itu hanya dibalas dengan gelengan kepala dari Puan Rohaya, dia amat bersyukur kerana tidak ada perkara buruk yang menimpa keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience