(3) Kain Bungkus

Horror & Thriller Series 3290

“Haaa...anak-anak, bangun...kita dah sampai surau ni, jom turun solat, maghrib ni sekejap je, perjalanan kita jauh lagi...kang tak sempat...” panjang sungguh mukaddimah encik Rosman kepada keluarganya petang itu, dia paling tidak suka jika ahli keluarganya mengabaikan kewajipan itu.

“Eh...ayah...kat mane ni...tak ada orang pun...surau pun kecik je....” soal anak gadis encik Rosman, terasa seram pula dia melihatkan keadaan sekeliling.

“Haaa..korang jangan nak banyak bunyi...turun cepat, nanti ayah bising, mak tak tolong ea...mak gelakkan lagi ada....” bebel Puan Nia pula.

***********

“Haaa...semua dah siap? Dah tak nak pergi tandas atau apa-apa dah? Ayah nak gerak dah ni....” tanya encik Rosman.

“Dah ayah...eh ayah...mak mana...?”

“Nia....oooo...Nia...kamu buat apa lagi tu...abang dah nak gerak ni...” soal encik Rosman, pelik pulak dia melihat gelagat isterinya itu, sudah seperti mencari lembu hilang gayanya.

“Along....adik...datang la sini....cantik pulak mak tengok pokok bunga puding kat tepi semak ni....” tunjuk puan Nia kepada dua anaknya kearah longgokan sampah ditepi pagar luar surau , terdapat pokok-pokok bunga yang sudah dibuang orang disitu.

“Ishhhh...mak ni...mak buat apa tu mak...jom la...nanti ayah bising la mak....” seram sejuk anaknya melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita itu.

“Eee...along...mak lambat lagi ke...adik takut la, seram je...tengok, siap ada keranda lagi kat tepi tu....” sampuk adiknya.

“Ishhhh...bising la korang...dah...mak dah siap dah...mak pergi ambik bunga ni je sikit tadi, mak patahkan sikit dahan dia yang besar tu...nanti balik cucuk je kat pasu, hidup la dia....”

“Mak ni...suka-suka je ambik barang merata tau, dah la kat tepi tu ada keranda lagi, sah-sah la tempat orang mandikan mayyy....”

“Ishhh...mulut kamu ni adik, jangan nak celupar sangat, mak libas kamu dengan ranting ni jap lagi...dah masuk...”

Tepat jam 11 malam, mereka sampai di kediaman mereka, letih sungguh badan setelah menempuh perjalanan hampir 6jam itu.

“Mengantuk la mak, along dengan adik tidur dulu ye....”

“Haaa...yelaaa.... jangan lupa mandi dulu....”

“Ye mak....mak tidur kat luar bilik ni lagi ke?”

“Yela...kan bilik mak dengan ayah tak siap lagi tu...” sudah hampir dua minggu puan Nia dan suaminya tidur di ruang tamu hadapan bilik anaknya gara-gara kerja pengubahsuaian rumah yang masih belum siap.

**************

“Aaahhhh....pergi...jangannnn...tolong...urrghhhh...aaarrghhhhh...!!!” Puan Nia meronta, tidak sanggup dia menatap makhluk dihadapannya. Wajahnya hancur, darah memenuhi seluruh wajah dan kain yang membungkus jasad itu. Makhluk itu betul-betul berada 1inci dari wajahnya. Rupanya sudah seperti mayat yang berbungkus kain kapan!

“Nia...bangun...kenapa ni...!” Kejut encik Rosman, tubuh badan isterinya kaku seperti diikat, mulutnya tidak berhenti meraung.

“Mak! Mak! Bangun mak!”

“Allahuakhbar...! Astaghfirullahalazim...!” Terus sahaja mulut encik Rosman terkumat kamit membaca surah al Fatihah dan ayat kursi.

“Allah...!!!! Abang...!!! Along, adik...!” Serta merta Puan Nia terjaga dari tidurnya setelah encik Rosman selesai membaca setiap surah.

“Mak...mak kenapa...adik takut tengok mak tadi..” adik sudah sedari tadi menangis, seram sungguh dia melihat keadaan ibunya.

“Mak....nampak jasad yang berbungkus dengan kain kotor, wajah dia, teruk sangat...dia nampak marah....” cerita puan Nia sambil teresak.

“Dah, Nia, bawa anak-anak basuh muka dan ambil wudhuk...”

“Ayah...malam ni adik dengan along nak tidur sebelah mak dengan ayah ye....”

“Ye la...dah pergi ambik wudhuk, kita solat tahajjud...” terus saja isteri dan anak-anaknya mengikut arahan encik Rosman.

Keesokkan paginya, baru Puan Nia perasan yang kedua belah pehanya dan lengan sudah kebiruan. Mujurlah kejadian itu tidak berulang lagi, sejak itu juga Puan Nia sudah tidak lagi berani untuk mengambil apa-apa sahaja ditempat yang tidak diketahui asal usulnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience