(4) Merajuk

Horror & Thriller Series 3290

“Bagi la angah main dulu, kejap je..!”

“Acik dengan adik la main dulu, tadi angah dah main dah...”

“Ehhhh....korang ni dah kenapa, along kan balik cuti lama kali ni, gilir-gilir la main, jangan berebut laptop tu, nanti jatuh” bebel Wina, sudah sakit mata dan telinganya dari tadi melihat kerenah adik-adiknya itu, ada saja yang hendak digaduhkan.

“Eeee...ambik la...benci la macam ni...” bentak adik keduanya yang senang dipanggil angah.

“Haaaa...angah, jangan la merajuk, kejap lagi ambik la, beralah dengan adik sekejap...”

Angah hanya diam memuncungkan bibirnya sambil berlalu pergi kedalam bilik.

“Tu nak merajuk la tu....angah....merajuk la dengan along ni, buat la macam tu, tak nak dengar cakap along, tak baik tau...nanti kang buatnya angah merajuk sorang-sorang dalam bilik tu, tiba-tiba ada hantu keluar dari almari dalam bilik tu along tak tolong ea....mak dengan ayah tak ada ni....” tambah Wina lagi.

“Eleh....mane ada...” omel angah didalam hati.

**********

“Tap...tap....tap.......” bunyi itu mengejutkan angah dari tidur, tidak sedar sejak bila dia terlelap. Almari yang becermin dihadapannya dipandang, perlahan matanya diusap.

“Tap....tap....tap....” bunyi itu kedengaran lagi. Peluh keringat mula membasahi dahi angah.

“Siapa tu.....!” Entah kepada siapa soalan itu dituju.

“Tap...tap...tap....kriekkkkkk.......” perlahan pintu almari itu terbuka dengan sendiri. Ada sepasang mata yang memerhati dari dalam petak rak yang menempatkan baju-baju yang sudah dilipat.

“Siapa tu......jangan main-main la..!” Hatinya mula gusar.

Perlahan makhluk itu bergerak, lambat-lambat gerakannya, mungkin tersepit ditempat yang agak sempit itu.

“A...a...acik???” Makhluk itu benar-benar menyerupai muka adiknya, yang membezakan hanyalah biji mata yang memerah dan tidak mungkin adiknya yang sudah berusia 14 tahun itu muat kedalam petak yang sekecil itu.

“Datangla sini.....hehehe.....” makhluk itu menghulurkan tangannya yang berkuku tajam itu.

“Datang la main dengan aku.....jom la masuk sini....aku sunyi......hehehe....” makhluk itu menyeringai, rupanya begitu seram dengan gigi yang tajam, rupanya sedikit demi sedikit berubah menjadi buruk.

“Tak nak...!”

Angah mula bangun dan memecut keluar dari bilik menuju ke dapur dimana along dan adik-adiknya berada. Mukanya pucat lesi.

“Eh...angah... dah habis merajuk?” Tanya Wina yang sedang melipat baju.

Angah hanya diam, lansung tiada eksperi diwajahnya, dia duduk dihadapan Wina dan terus membaringkan kepalanya diatas peha Wina, seperti mahu menangis lagaknya.

“Angah...kenapa ni...” kepala adiknya dielus lembut, adik-adiknya sudah terbiasa berbaring dipeha Wina sejak dari kecil.

“Along...angah minta maaf, lepas ni angah tak gaduh dengan adik-adik dah...”

“Bagus adik along, kenapa sampai berpeluh, pucat semua ni....angah ok?”

“Angah takut along, tadi angah nampak hantu dalam almari, muka dia sebijik acik, lepas tu jadi buruk, angah tak nak dah tak dengar cakap along,angah minta maaf”

“Ye, along maafkan, sekarang angah basuh muka, ambil wudhuk ok?” Seram sejuk tengkuk Wina mendengar setiap patah kata adiknya itu. Tetapi dia harus menguatkan diri untuk menjaga adik-adiknya. Dia hanya mampu berdoa agar perkara itu tidak akan berulang lag.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience