(7) Kewujudannya

Horror & Thriller Series 3290

Dari jauh, dia melihat ayahnya terkumat kamit sendirian diantara batas-batas tanaman yang boleh dikatakan belum boleh dituai, entah dengan siapa ayahnya berbicara, yang dilihat dari mata kasar, ayahnya hanya sendirian disitu, tidak pula terlihat ada makhluk lain yang berdiri dihadapan ayahnya. Rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan Rahman perlahan mengheret kakinya menuju kearah tempat ayahnya berada sekarang.

Prakkk!!!

Pak Razak berpaling kebelakang, sangkaannya ada binatang buas yang hendak menerkam, rupanya anaknya Rahman yang datang, pucat mukanya melihat kearah Pak Razak, bimbang dimarahi barangkali. Wajah yang mencuka pantas Pak Razak ukirkan senyuman.

"Hah, kamu Man, bapak ingatkan binatang buas mana tadi, mujur parang bapak ni tak terlibas kamu... " ujar Pak Razak bagi menghilangkan debar didada anaknya yang kelihatan agak ketakutan.

"Maaf bapak kalau Man terkejutkan bapak, Man tengok bapak duduk berbual tadi, Man datang la senyap-senyap, takut mengganggu" ujar Rahman.

"Tak apa Man, bapak faham"

"Tapi bapak, bapak berbicara dengan siapa tadi? Man tak nampak sesiapa pun di sini?" tanya Rahman setelah dia melihat sendiri yang sememangnya tiada sejasad manusia pun disitu.

"ishhh...kamu Man, kamu ingat manusia je ke yang boleh diajak bercakap? berbual? " seloroh Pak Razak.

Hati Rahmam mula merasa tidak enak, masakan ayah yang masih muda sudah nyanyuk, habis jika bukan manusia, ayahnya bercakap dengan siapa? pertanyaan itu hanya berlegar didalam pundaknya. Seakan seram sejuk tengkuknya untuk bertanya lebih lanjut.

"hahaha... bapak ni, ada-ada saja gurauannya, kalau bukan manusia siapa lagi bapak, masakan burung? " seloroh Rahman sekadar untuk melegakan rasa kurang enak yang sedari tadi melingkari hatinya.

"haaa... itu yang budak-budak macam kamu tak tau Man, kamu nak tengok dengan siapa bapak bercakap tadi? " tanya Pak Razak sambil tersengih menampakkan giginya yang rongak.

"emmm... tak apa la bapak..." perlahan Rahman menolak, tidak sanggup rasanya hendak melihat apa yang ayahnya ingin tunjukkan.

"tak apa, jangan takut, selagi bapak ada, kamu tak akan apa-apa, percayalah cakap bapak ni" gesa Pak Razak.

"sekarang, hulurkan tangan kamu... " sebatang mancis plastik berwarna biru diletakkan di atas tapak tangan Rahman, mahu tidak mahu, dia terpaksa menurut arahan ayahnya, takut pula untuk menolak arahan ayahnya yang kelihatan bersungguh-sungguh itu.

"sekarang, kamu balingkan mancis ditangan kamu sekuat hati kamu kemana-mana tempat, semak, air atau dimana saja yang kamu mahu dan tadahkan kembali tangan kamu" arah pak Razak.

Mendengar arahan dari bapanya, Rahman dengan sekuat hati membaling mancis ditangannya kearah semak yang boleh dikira agak jauh dan tebal juga berpaya dihadapannya, tidak mungkin mancis itu akan dijumpai kembali walau seharian mencari kerana mancis itu terus menjunam masuk kedalam paya yang berlumut.Melihat mancis itu sudah tiada, segera Rahman mengikut arahan ayahnya yang seterusnya, menadah tangan entah pada siapa dan memejamkan mata.

"hah, buka mata kamu sekarang" ujar Pak Razak.

Alangkah terkejutnya Rahman melihat tapak tangannya basah dan mancis yang tadi dibalingnya tadi berada tepat diatas telapak tangannya bersama dengan lumut yang tidak dapat disangkal ianya berasal dari paya yang dihadapannya tika itu. Rahman hilang kata-kata, otaknya masih memikirkan logik akal bagaimana mancis yang tadi sudah tenggelam didalam paya bole berada diatas tangannya.

"sekarang kamu percaya kata-kata bapak? bukan cuma manusia yang boleh diajak berbicara" tanya pak Razak.

Rahman hanya mampu mengangguk perlahan, kelu lidahnya.

"ambil telur yang bapak tinggalkan atas pangkin sana" arahan ayahnya dituruti tanpa patah bicara.

"tadah tangan kamu Man,tapi ingat pesan bapak, jangan larikan tangan kamu, walau apa pun yang terjadi, jangan takut, bapak ada disebelah kamu" Rahman hanya mengangguk.

Telur ayam yang diambil tadi, dipecahkan diatas tapak tangannya. Tidak sampai sesaat, tangan Rahman terasa seakan dijilat, makin lama semakin rakus, rasa ingin tau membuatkan Rahman membuka kelopak matanya. Alangkah terkejutnya Rahman apabila melihat, ada lidah panjang yang besar sedang menjilat-jilat telur ditelapak tangannya, giginya yang tajam menyeringai menambahkan lagi kegerunan sesiapa yang melihat, apatah lagi menatap matanya yang memerah seperti biji saga dengan tubuhnya yang besar seperti gergasi yang dipenuhi bulu-bulu kasar yang kehitaman, kukunya yang panjang yang boleh dikatakan sekali tusukan bisa dengan mudah menembusi batang tubuh. Mulut Rahman hanya mampu terbuka tanpa mengeluarkan kata-kata, otaknya hanya berharap semua ini akan berakhir.

Senyuman menyeringai dengan dihiasi gigi yang tajam dan muka yang hodoh itu mungkin akan menghantui Rahman selamanya, tika ini juga setelah semua kejadian ni berlalu selama 20 tahun, Rahman masih lagi merasa bagai ada saja yang sentiasa bersamanya, apalagi ketika dia keseorangan saja, bagai ada yang berkata, "aku akan sentiasa bersamamu....hihihi.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience