(5) Pokok Mangga

Horror & Thriller Series 3291

Sunyi malam itu, hanya kedengaran angin yang semakin kuat, sepertinya mahu hujan, guruh juga semakin menampakkan dirinya, sesekali menyerlahkan cahaya yang kekuningan. Mujur saja shif kerjanya sudah habis, kalau tidak entah macam mana la dia mahu pulang ke asrama sementaranya itu, Fea bernasib baik kerana hotel ini menyediakan tempat tinggal untuk pelajar praktikal sepertinya.

“Fea, aku dah siap mandi ni, kau pergi la mandi sekarang, kang lewat-lewat mandi time period ni tak elok jugak aku dengar, nak-nak waktu dah hampir magrib ni” Fea tersentak dari lamunan apabila ditegur Wani, sahabat yang sama-sama menjalankan praktikalnya disini.

Tanpa berlengah Fea terus berlalu menuju ke bilik air, dia ingin segera mandi, jika dia lewat, dia sendiri tahu akibat yang akan menimpa, sejak mula praktikal disini, sudah berbagai hal aneh yang berlaku, apalagi chalet lama kepunyaan pihak hotel yang menempatkan mereka agak keras, pohon mangga yang betul-betul berhadapan chalet mereka bukan sahaja rendang sehingga memayungi atap chalet yang sekangkang kera itu, ia juga mengadungi hal mistis, sudah acap kali Fea ditegur makhluk yang mendiami pohon itu.

“Nanti kita makan sekali tau dengan budak-budak lain” tegur Wani memecahkan kesunyian malam itu. Sedari tadi dia hanya melihat Fea diam sahaja.

Pertanyaan itu dibiarkan kosong.

“Aku rasa ada yang tak kena la dengan Fea, dari tadi aku tengok dia diam je, berkali-kali tegur, sepatah pun dia tak jawab, aku risau la Rina dia kena macam hari tu lagi” ujar Wani kepada salah seorang lagi sahabat yang menghuni bilik yang sama.

“Hish kau ni Wani! Jaga mulut tu, jangan cakap yang bukan-bukan, kan ustaz dah pesan, jangan biarkan dia sorang, cakap aje, teman dia!” Getus Rina.

“Fea, jom, semua dah siap ni” tegur Rina.

Perlahan Fea menuruni katil, kepalanya hanya ditundukkan, tiada sebutir perkataan pun yang keluar dari ulas bibirnya. Dia terus melangakah menuju kearah dinding dan meletakkan dahinya pada dinding.

“Fea, kenapa ni?” Bahu Fea digoncang perlahan.

“Fea, kau jangan la main-main, jangan la takutkan kitorang lagi” Wani sudah takut, takut akan berdepan dengan Fea yang tidak dikenalinya. Cukuplah sekali sebulan lepas. Meremang bulu tengkuknya mengingatkan perkara yang lepas.

“Hiiihiiihiiiii...” tiba-tiba Fea ketawa, tangannya mencakar lembut dinding bilik.

Kreekkkk....kreekkkk....kreekkkk...

Cakaran semakin kuat. Sekejap menangis, sekejap dia tertawa, menambahkan lagi ketakutan Wani, mujur Rina masih berani. Segera dia menarik tangan Fea.

“Fea! Sudah, jangan layan perasaan tu! Cukup! Istighfar! Mengucap Fea!” Jerkah Rina, semakin hilang sabar dibuatnya, bukan sengaja dia mahu marah dan dia sendiri sudah maklum badan temannya itu memang lemah, sudah beberapa kali perkara ini berlaku.

“Hiiihiiihiii....aku tak nak..!! Huuuhuuuhuuu..aku nak duduk dengan dia.....aku nak dia...hiihiihii....”

Mata Fea semakin memerah, dirinya sudah tidak terkawal, semakin dipegang, semakin kuat dia meronta.

“Allah....! Wani, cepat! Panggil kawan yang lain!” Jerit Rina, dia sudah tidak mampu menahan Fea. Sepantas kilat Wani berlari keluar.

“Rina! Apa yang dah jadi ni?? Kenapa ni?” Tanya Firdaus dan beberapa rakan yang lain.

“Cepat Daus! Pegang dia! Hakim cepat! Aku dah tak kuat, Wani! Cepat telefon ustaz!” Raung Wani.

“Lepaskan aku! Aku nak keluar! Aku nak bawak dia duduk dengan aku! Aku sayang dia! Aku suka dia!” Fea menjerit, matanya tidak lepas memandang pohon mangga dihadapan chalet itu, sepertinya ada seseorang yang sedang memanggil dan memerhatikannya.

“Huuhuuuhuu...lepasss...!! “ tangisan Fea semakin menjadi-jadi. Rakan-rakan yang lain sudah meremang bulu roma mendengarkannya, suaranya lain sekali, mendayu-dayu seolah-olah Fea bukan dirinya lagi.

“Hiihiiihiii...korang takkan dapat lawan aku la....hiihiihii...” Hilaian Fea itu seram sekali.

“Allahuakahbar! Ajim, cepat pegang kaki dia!” Akhirny ustaz Ahmad sampai, lega hati mereka.

“Hiiihiiihiii...berambus kau ustaz bodoh! Jangan kacau aku!” Ucap Fea.

“Aku takkan sesekali takut dengan kau wahai jin dan syaitan terlaknat! Allahuakhbar!!”

“Aaarrggh....!!!!” Lolongan itu kuat sekali, serta merta Fea pengsan.

Pohon mangga dihadapan chalet itu tiba-tiba bergoncang, kelihatan kelibat putih bertenggel pada salah satu dahan.

“Huuuhuuuu....sakit.......huuuhuuuu...” hilaian dan tangisan itu terus shaja mendayu-dayu walaupun kelibat makhluk tadi sudah tiada.

“Fea, bangun, minum air ni” ujar ustaz Ahmad.

Fea hanya terpinga-pinga sambil meneguk air yang diberi.

“Fea, kamu tahu apa jadi tadi?” Tanya ustaz Ahmad.

“Saya tengah tunggu kawan siap nak makan, lepas tu saya rasa macam ada sesuatu panggil saya dan saya terus tengok pokok mangga depan tu, lepas tu saya dah tak tau apa-apa” ustaz hanya mengangguk.

“Baiklah, saya faham, yang penting kamu dah selamat, selepas ni, mana-mana orang pun, ustaz nak, kamu semua solat jangan tinggal, amalkan 3 Qul sebagai pendinding diri, dan untuk kamu Fea, jangan selalu termenung dan duduk sorang-sorang je.”

Sebelum berlalu, ustaz Ahmad sekali lagi berpaling pada pohon mangga tadi, mungkin pada penglihatan manusia lain tiada apa disitu, tetapi ustaz Ahmad tahu akan makhluk yang berada disitu, makhkuk yang bermata merah dengan rambut mengerbang itu, terus saja bergayut pada dahan-dahan pohon mangga tersebut, terkadang berhenti padan satu dahan dan terus menghayunkan kakinya yang tidak kelihatan, hanya kain putih yang kotor sahaja yang bergerak mengikut tempo hayunan. Makhluk itu tahu dia sedang memerhati, mulutnya terkadang menyeringai dengan gigi tajam seakan ingin menakutkan permerhatinya. Ustaz Ahmad berlalu, dia pasti, pelajar itu tidak akan diganggu lagi selagi mereka memenuhi dada dengan iman.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience