BAB 3

Romance Completed 14332

Assalamualaikum.

Aku yang baru balik kerja tersentak bila mendapat whatsupp daripada Lokman. Okay. Dia nak apa?

Waalaikumussalam.

Ermm. Boleh kita jumpa?

Aku tersenyum.

Kenapa? Nak suruh saya menyamar jadi girlfriend awak lagi ke?

Boleh juga. Itu pun kalau awak sudi.

Aku terdiam. Okay. Aku terlanjur tulis.

Erk..

Tapi saya serius. Saya memang perlukan bantuan awak. Harap kita boleh jumpa. Sekali lagi terpaksa menyusahkan awak.

Aku terfikir seketika. Macam mana kalau dia betul-betul suruh aku menyamar jadi girlfriend dia lagi? Hari tu Cuma 5 minit bolehlah. Ni? kali ni? aku tak tahu.

Okay.

Betul ke apa aku nak buat ni? Hentam je lah!
**
Aku kerling jam. Dah 10 minit berlalu. Dah nak dekat 3 kali aku kerling jam. Tapi insan yang nak jumpa tu still tak muncul-muncul. Aku balik nanti baru tahu. Air minuman yang berada depan aku dihirup. Dahaga! Panas! Geram!

“ Atiqah?”

Tersentak aku selepas ditegur. Pantas aku bangun dan menoleh ke kiri.

“ Erk. Ya.”

Seorang perempuan yang ayu bertudung sedang tersenyum ke arahku saat ini. Cantik. Aku yang bertudung ni pun tak secantik dia.

“ Sorry lambat. Duduklah.”

Aku mengerutkan dahi. Ha? Bukan Lokman ke yang datang sepatutnya?

“ Lokman ada hal. So dia suruh saya datang. Saya kakak dia.”

Aku hanya menganggukkan kepala. patutlah.

“ Ada apa ye dia suruh datang?” Soalku ingin tahu.

“ Sebenarnya dia sangat perlukan pertolongan awak kali ni. Dia tak tahu nak minta tolong siapa melainkan awak. Sebab dia kata awak dah banyak kali tolong dia. Muncul saat dia amat-amat perlukan bantuan.”

Aku terdiam. Okay. Jadi terharu pula.

“ So, kalau boleh Sabtu ni dia nak awak menyamar jadi girlfriend dia. Sehari tu je. Sebab Sabtu ni family kami buat majlis makan-makan. Dan sepupu dia akan datang. Untuk membuktikan dia tak cakap bohong. Dia kena bawa girlfriend dia datang. Jadi dia harap awak sudi tolong dia untuk kali ini.”

Kali ni aku betul-betul terdiam. Terkedu. Menyamar? Oh My God!

“ Erk.. tapi kenapa saya?”

Dia tersenyum lantas meraih tangan aku.

“ Betul lah apa Lokman kata. Kamu memang lain daripada yang lain.”

Aku terkedu lagi. Lokman cakap macam tu?

“ Tolong ye Tiqah. Kami sangat perlukan bantuan kamu.”

Belum sempat aku nak berkata-kata, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.

Atiqah. Saya tahu awak susah nak terima. Tapi kali ni je. Tolong saya. Saya harapkan awak sangat-sangat sekarang ni. Please.

Selepas membaca pesanan ringkas itu aku terus memandang ke arah kakak dia. Terbit senyuman kecil dari mulutku.

“ InsyaAllah. Saya tolong setakat mana yang mampu.”

Kau yakin ke ni Tiqah? Belum cuba belum tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience