BAB 9

Romance Completed 14332

Sedar atau tidak. Dari pertama kali aku berjumpa dengan Lokman. Aku memang jadi diri aku yang sebenar. Aku langsung tak berpura-pura even menyamar jadi girlfriend dia pada masa dulu. Serius. Aku memang tak pandai untuk berpura-pura kalau hati ni dah mula mencintai dia. Pada ketika hati ini dah jumpa tuan dia. Mana mungkin dia nak berpura-pura. Kan?

Dan siapa sangka juga, akhirnya cinta kami bersatu. Aku juga tak sangka sebab dia kata dia juga terpikat pada pertama kali kami bertembung. Sebab tu dia beria-ria nak jadikan aku girlfriend dia time tu. Bagi dia bukan penyamaran tapi bagi aku ya. Haha.

“ Atiqah!”

“ Ya saya.”

Terkocoh-kocoh aku berlari ke arah dia yang tengah menunggu itu.

“ Buat apa lagi tercegat dekat situ? Jom.”

Tanganku digenggamnya dan senyuman manis terukir pada bibir kami berdua. Ya. Minggu lepas kami dah mendirikan rumah tangga. Dia yang berusaha pikat hati aku sebelum kahwin sebab aku tolak dia time tu. Haha. Sebenarnya sengaja nak uji dia. Tapi dia tak give up. Sebab tu aku terima. Dah hati suka mana boleh tolak. Kahkah.

“ Sayang nak beli apa?”

Sabtu ni majlis resepsi keluarga dia. Lambat sikit sebab dia asyik busy dengan kerja. Benci tau tak!

“ Tak payah beli apa-apa. Jom pi makan. Lapar.”

Terus laju kaki kami melangkah ke arah satu restaurant. Bila perut dah lapar, tak kisah nak makan dekat mana pun. Asalkan kenyang.

“ Nak tu nak ni dan itu.”

Aku tunjuk je apa aku suka. Dia tolong ambilkan. Haha. Kejam! Dia yang nak tawarkan pertolongan. So, aku tinggalkan dia dan mengambil tempat kosong.

Aku tak percaya sebenarnya sebab dah jadi isteri dia. Macam dalam mimpi you know. But, I’m happy for that dream.

“ Excuse me?”

Aku yang ralit termenung itu pantas mendongakkan kepala. Ada seorang lelaki sedang berdiri sebelah aku sambil tersenyum. Okay. Siapa pula ni?

“ can you help me?”

“ Erk.. why?”

Aku terus bangun bila lelaki itu menunjukkan sesuatu jauh di depan kedai makan ini. Yang aku sure sekarang ni, ada seorang perempuan laju menghala ke arah kami. Okay! Apa akan terjadi ni?

“ Please help me.”

Aku pandang ke kiri. Mana Lokman menghilang ni?! Jangan-jangan lelaki ni nak aku mengaku aku ni girlfriend dia? Oh My! Lebih baik jangan. Tolonglah! Cukuplah sekali!

“ You! What are you doing here?”

Perempuan yang aku tengok dari jauh tadi dah menegur lelaki sebelah aku ni. Aku dah kecut perut.

“ I’m sorry but…”

Tiba-tiba bahuku dipaut seseorang. Dan yang pasti bukan lelaki tadi. Sebab dia kelihatan terkejut melihat wajah aku. Aku toleh ke kiri. Aku tersenyum lega.

“ But what? Sorry. This is my wife not you’re girlfriend. I know you want run from her. But, not this girl. This is my wife okay.”

Aku tahan gelak selepas melihat reaksi lelaki itu. Aku pandang pula muka perempuan tadi. Dia tengah blur okay. Aku kerling si suami pula. Dia nampak tenang dan santai lagi. Haha.

“ Erk.. I’m sorry sir.”

Terus dia berlalu bersama perempuan tadi. Bila kelibat mereka hilang, aku terus hamburkan ketawaku. Tak tahan! Haha.

“ Amboi dia.”

Aku tutup mulut melihat Lokman sedang merenung tidak puas hati.

“ Kenapa bang?”

“ Sesedap hati dia je nak isteri abang ni jadi girlfriend dia. Dia tak tahu ke yang awak tu wife abang.”

Aku tersengih. Muka masam dah.

“ Eleh. Dulu pun abang macam tu juga. Nasib baik saya single lagi. cuba kalau saya dah kahwin time tu. mesti Hana dan Dila akan still kejar abang. Kan?” Perliku.

“ Amboi. Pandai dia kan?”

Tubuhku ditarik dekat dengan tubuhnya. Aku tersengih lagi.

“ Sebab abang tahu time tu sayang belum berpunya la abang berani dekat. Tak macam sekarang. Dia tak sedar ke tangan sayang tu berinai. Ada cincin lagi. Buta ke apa?”

Aku ketawa lagi.

“ Sebab dia panik time tu. Sudah. Kalau abang buat lawak lagi saya keluar daripada kedai ni. Kenyang dengan gelak.”

“ Yela. Tapi ingat ye. Abang takkan lepaskan sayang sampai bila-bila tau sebab cinta abang hanya untuk sayang seorang.”

Terharu. Itu aku rasakan. Aku tersenyum lebar.

“ Okay, sayang marked your words! Sayang pun janji akan terus setia bersama abang dan mencintai abang forever and ever, InsyaAllah. Jangan risau sayang takkan lepaskan abang, gila? Siapa tak sayang suami oii.” Selorohnya membuatkan suaminya ketawa terbahak-bahak dengan telatah lucu sang isteri.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience