BAB 5

Romance Completed 14332

Saat kakiku melangkah ke halaman rumahnya, aku dah rasa kecut perut. Takut! Besarnya rumah dia. Bila tengok sekeliling. Lagi buat aku kecut perut. Rasa nak berpatah balik je. Tak nak terlibat dengan rancangan dia. Tapi dah terlajak kata. So terima je la.

“ Awak okay?”

Aku pamerkan senyuman kecil.

“ Jangan risau. Saya sentiasa di sisi awak.”

Aku tengok latar dia. Sepanjang dua hari ni. Dia langsung tak abaikan aku. Dia sentiasa pastikan keperluan aku untuk ke majlis makan family dia ni perfect. Tak ada yang kurang. Dia nak aku nampak sempurna pada mata family dia. Tapi Lokman. Aku tak sempurna. Aku manusia biasa yang banyak kekurangan. Kau tak boleh nampak ke?

“ Jom masuk.”

Aku mengekori langkahnya sampai lah ke hadapan seorang lelaki dan perempuan berusia dalam linkungan 40-an. Serta-merta dadaku berdebar. Ya Allah. Tolong!

“ Mama. Papa.”

Selepas dia salam orang tua dia, aku salam pula mama dia. Dan tak disangka aku terus dipeluk mama dia. Okay. Aku terkedu.

“ terima kasih sebab sudi datang. Terima kasih juga sebab hadir dalam hidup Lokman.”

Entah kenapa. Kata-kata itu begitu menyenangkan hati aku.

“ Makcik. Saya minta maaf tapi…”

Belum sempat aku nak berkata-kata Lokman datang menyampuk.

“ Mom. I’m sorry but I must take her with me.”

“ Sure. Atiqah. See you after this.”

Lokman terus paut bahuku agar ikut langkah dia. Aku perasan ada mata yang memandang ke arah kami. Dan aku dapati ada jelingan yang tidak puas hati daripada sesetengah pihak. Okay. Aku dah gerun dah ni.

“ Awak. saya takut. Semua macam tak suka saya je.” Bisikku. Entah ke mana dia nak bawa aku pergi.

“ Jangan risau. Abaikan diorang. Mereka memang tak puas hati dengan saya dari dulu lagi. don’t worry okay.” Ujarnya tenang tanpa melihat ke arah aku. Tapi aku? langsung tak boleh tenang.

“ Hai sister.”

Kakak dia datang menghampiri. Tiba-tiba tubuhku dipautnya. Aku terkedu lagi. Mama! Nak balik!

“ Welcome to our family dear. Lokman. Bawa dia jumpa dengan Hana dan Dila. Mereka sedang tunggu kamu.” Kedengaran tegas suara kakak dia tapi still dengan senyuman.

“ Okay. Jom Tiqah.”

Aku hanya ikut ke mana dia pergi. Sempat juga aku perhati orang sekeliling. Semuanya nampak mewah. Tiba-tiba aku rasa kerdil dekat sini. Siapalah aku dalam family ni? aku hanya orang luar yang hanya menyamar sebagai girlfriend dia. aku memang tak layak untuk berdiri sama tinggi dengan Lokman. Aku sedar!

“ Hai guys.”

Aku tersentak saat ternampak Hana dan perempuan masa dekat park kereta hari tu. Hana menyambut kehadiran aku dengan senang hati. Tapi perempuan yang bernama Dila tu? Sangat dingin dengan aku. Sampai nak salam pun tak nak. Berlagak!

“ Kenalkan ini girlfriend I. Hana you must know right?”

“ Of course. Tiqah. Welcome to his family. I hope you will be happy.”

Aku tersenyum nipis. Aku tak dapat rasa happy. Aku rasa nak terjun je dalam kolam sebelah aku ni. Nak balik!

“ And Dila. I just said the truth. This is my future wife. So, I hope you understand.”

Okay. Aku dapat rasakan suasana hening dekat sini. Panas! Bila dapat jelingan tak puas hati Dila tu. Lokman! Gara-gara rasa takut aku terus peluk lengan dia yang berlapik tu. Aku nak balik!

“ It’s okay dear. Calm down okay.” Bisiknya bagi menghilangkan kegelisahan aku.

“ Lokman. Come we take some food. Dila you nak ikut?” Ajak Hana.

“ No. Maybe I can talk with her. I hope you okay Lokman.”

“ Sure.”

Aku pegang kuat lengan dia sambil pandang dia. Aku bagi amaran jangan lari. Takut.

“ Don’t worry. She’s fine with you. Just a few minute okay.”

Terlerai pegangan aku. Dan kini aku dan Dila. Sedang berbalas pandangan. Daripada tadi muka itu tak ada senyuman. Aku jadi gerun. Maybe aku kena keluarkan suara.

“ Erk.. Hai. Saya Atiqah. Awak mesti Dila kan?” Ujarku sekadar berbasa basi. Sengihan panjang ditarik. Tapi nampak sangat sengihan tak ikhlas. Wuargh!

“ Aku tak peduli siapa kau. Tapi kenapa mesti Abang Lokman juga kau rampas?”

Walaupun perlahan tapi nada tu memang menunjukkan dia sedang marah. Aku yang mendengar pun dah meremang bulu roma.

“ Apa awak cakap ni?”

Aku toleh ke belakang. Lokman! Cepatlah! Saya takut!

“ Jangan nak berpura-pura. Kau ingat aku tak tahu kau hanya jadi girlfriend dia sebab harta kan? Mengaku je la!”

Tiba-tiba bahuku ditolak kasar oleh dia. Haih! Ni dah melebih ni. Mulalah nak cabar kesabaran aku.

“ Awak silap. Saya langsung tak pandang semua tu dan saya langsung tak tahu yang Lokman anak orang berada. Kalau saya tahu saya tak sanggup untuk berada di sisi dia sampai saat ini.” Penuh amarah aku meluahkan pada dia. sedap-sedap hati je tuduh aku.’

“ Oh ya? Ingat aku nak percayalah. Kau sedar diri kau tu sikit. Kau Cuma orang miskin yang menumpang dekat rumah ni. Kau tak layak berdiri sama tinggi dengan Abang Lokman. Jauh beza sangat. Ke kau nak aku cerminkan kau?”

Seperti ada pisau tusuk dada aku selepas dengar kata-kata dia. Air mataku mula bergenang.

“ Saya sedar saya siapa. Awak tak perlu nak kutuk-kutuk saya. Saya sedar!”

Terus aku memusingkan badan untuk beredar. Aku dah tak tahan untuk berada dekat sini. Sakit hati! Aku sedarlah siapa aku. Tapi perlu ke sampai nak mengutuk? Perlu ke?

“ Aku belum habis cakap lagi lah!”

Terus dia tarik bahu aku dengan kasar tanpa sempat aku nak mengelak. Tapi aku tak tahu mana silapnya bila aku hampir tak dapat nak imbangkan badan aku lantas terjatuh dalam kolam renang.

“ Arghh!”

Aku cuba untuk berenang tapi gagal. Aku tak pandai berenang la! Aku terkapai-kapai mencari jejak Lokman.

“ Awak! tolong! Tolong!”

Banyak air masuk ke dalam hidung dan mulut aku. sampai aku rasa susah dah nak bernafas. Ya Allah. Adakah ini pengakhiran hidup aku?

“ Ya Allah Tiqah!”

Tolong! Lokman! Makin lama aku makin lemah sampai aku tak ada tenaga untuk naik ke atas air. Akhirnya aku terus memejamkan mataku saat tiada nafas untuk aku bernafas. Dan pada masa yang sama aku dapat rasakan rangkulan pada pinggang ku yang sangat erat.

“ Tiqah! Wake up! Jangan tinggalkan saya!”

Sayup-sayup aku dapat dengar suara dia. Yang pasti aku dah berada atas lantai. Tapi, kenapa aku rasa susah nak bernafas ni.

“ Atiqah! Tolong sedar! Ya Allah. Jangan tinggalkan saya!”

“ Ya Allah Lokman. Kenapa dengan Atiqah?”

Aku cuba untuk mencapai tangan Lokman. Tapi, tak sempat bila dadaku tiba-tiba rasa susah sangat nak bernafas.

“ Atiqah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience