BAB 1

Romance Completed 14332

Aku menghayun langkah perlahan ibarat Kukang melangkah masuk ke Aeon Mall. Banyak benda aku kena beli, misi pertama aku perlu ke tempat kasut. Kena beli kasut baru memandangkan semua kasut kau koyak rabak macam digigit tikus dan tak boleh pakai.

Masalahnya, aku ni sejenis yang cerewet nak cari kasut takut-takut ada je kasut yang tak menepati cita rasa aku nak-nak lagi saiz kaki aku yang kecil ni, sebab tu aktiviti beli kasut adalah antara perkara yang aku paling benci.

“ Excuse me?”

Aku tersentak apabila tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

“ Yes? Any problem?” Aku cuba memaniskan muka saat melihat lelaki itu.

Serius. Lelaki yang sedang berdiri depan aku ni buatkan aku terus rasa nak tengok dia. Entah sebab apa. Haish! Jaga mata tu.

“ Yes. I have a bigger problem.”

Aku terdiam. Kenapa muka dia nampak resah semacam?

“ You!”

Suara itu menyentakkan kami berdua lantas kami terus menoleh ke belakang. Ada seorang perempuan yang kelihatan anggun dengan rambut panjang melebihi paras bahu itu sedang melangkah ke arah kami. Okay. Apa dia nak? Siapa dia?

“ Erk. Hai. Buat apa dekat sini?”

Aku dapat tengok riak muka perempuan tu macam kurang senang. Maybe sebab ada aku dekat sini kot?

“ Saya pergi dulu.” Aku meminta izin bagi menghormati orang. Kalau tak cakap macam tu tak sopan pula. Okay. Semenjak bila kau tahu nak bersopan ni Atiqah?

“ Wait. I almost forget to introduce you. Come.”

Tiba-tiba saja dia menarik lenganku yang berlapik itu kembali menghampiri perempuan tadi. Yang pasti aku dah dapat jelingan semacam daripada perempuan tu. Apa? Ingat aku takut? Please!

“ Erm. You. I kenalkan ini girlfriend I and this is my friend Hana.”

Okay. Kini aku dan perempuan yang bernama Hana tu sama-sama terlopong. What? What he said? What?!!! Okay. Berapa banyak nak whatnya? Haha.

“ Lokman?”

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Oh. Nama dia Lokman.

“ Yes? Any problem with that? I’m seriously with her. I really love her. And I will marry her. Trust me.”

Dan kini dia renung tepat ke dalam mata aku sampai buatkan aku naik segan. Okay! Mana sikap kau yang suka membantah tu Atiqah? Kau bukan macam ni!

“ But I love you Lokman! Really really love you. Please…”

Dia cuba nak raih lengan Lokman tapi gagal bila Lokman berjaya mengelak dan berundur dua langkah daripada Hana. Aku yang tengok ni hanya mampu meneguk air liur. Drama apa yang aku akan lihat sebentar lagi ni? Ada babak nangis tak? Kalau ada best.

“ No. I think you should find someone else. Please. I don’t love you. I love this girl. Please stay away from me.”

Okay. Aku yang mendengar tu pun dah rasa macam nak nangis. Nampak sangat Hana ni yang beria-ria nak kan lelaki ni Tapi lelaki ni langsung tak cintakan dia. Kesian pula aku tengok perempuan tu.

“ Erk. Sorry…”

Aku terkejut bila mereka terus toleh ke arah aku. Okay. Kenapa aku nak menyampuk pula ni? Tapi, kalau aku tak menyampuk sampai bila-bila pun aku tetap tak dapat keluar daripada situasi ni. Niat aku nak shopping pun jadi gagal. Lebih baik aku cuba buat sesuatu untuk pulihkan keadaan. Mengaku jadi gf dia pun mengaku je la. Cuma seketika je. Tak apa. Tolong kan amalan mulia. Ceh!

“ Sorry kalau saya menyampuk. Saya Cuma nak cakap sikit. Hana. Saya tahu awak cintakan Lokman. Tapi hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa. Cuba kalau Hana berada dekat tempat Lokman. Dan Hana langsung tak cintakan Lokman. Apa perasaan Hana? Hana bahagia ke kalau paksa hati tu untuk terima Lokman sedangkan Hana tak bahagia. Or for example la kalau Lokman tetap terima Hana. Saya berani jamin yang Hana hanya akan dapat jasad dia bukan hati dia. Trust me. Kalau kita cintakan seseorang dengan hati yang ikhlas, kita perlu korbankan perasaan kita tu kalau nak dia happy. Itu baru namanya cinta.” Panjang lebar aku terangkan pada mereka berdua dengan hati yang cukup tenang.

Ya tenang lah sangat. Sedangkan hati aku ni dah macam nak terkeluar bila dapat tangkap renungan lelaki tu.

“ So, saya harap Hana tak terus paksa Lokman terima cinta Hana. Hana berhak bahagia dan cari lah lelaki lain yang boleh cintakan Hana. Saya pasti akan ada seorang lelaki yang akan mencintai Hana dengan hati yang tulus ikhlas. Trust me.” Sambungku lagi apabila mereka berdua seperti berada dalam dunia sendiri. Tapi for sure aku dah sampaikan apa yang aku rasa.

“ What’s your name?” Soal Hana tiba-tiba dengan senyuman nipis.

Aku membalas senyumannya dengan hati yang ikhlas.

“ Atiqah.”

Tiba-tiba dia meraih tanganku. Aku yang melihat hanya mampu mendiamkan diri tanpa membantah.

“ Seriously. I really proud of you Tiqah. I betul-betul tak sangka akan dengar kata-kata you tadi. Dan yes you menyedarkan I. Hati dan perasaan ni bukan boleh dipaksa dan bukan batu untuk dibuat main-main. Thank you Tiqah. Now I realize. Cinta tak semestinya memiliki.”

Terus tubuhku yang kecil ni didakapnya. Aku yang mendengar rasa terharu tiba-tiba. Pertama kali aku rasa dihargai macam ni. Eceh!

“ And you Lokman.”

Kini, Lokman dan Hana saling berbalas pandangan. Aku rasa aku tak patut masuk campur lagi. So, baik aku pergi daripada sini.

“ Tiqah. Wait!”

Aku menoleh ke belakang semula. Tinggal Lokman je dekat situ. Hana dah tiada. Maybe dah pulang. Dia berlari ke arahku dengan senyuman kecil.

“ Erm.. Thanks.”

“ For what?”

“ For that words. And sebab sudi tolong saya tadi. Saya pun terkesan dengan kata-kata saya tadi.”

Aku hanya tersenyum.

“ No problem. Nasib saya tak tolak tadi. Tapi kesian juga tengok dia tadi. Dia betul-betul cintakan awak. Cuma yelah kan? Hati dan perasaan ni mana boleh paksa-paksa.”

“ Yes. Erm.. By the way, I Lokman Hakim. Just call me Lokman. You Tiqah right?”

“ Yup. Nice to meet you.”

“ Nice to meet you to.”

Aku tersenyum melihat dia. Alahai. Mulalah rasa nak berbunga-bunga hati ni. Haha.

“ Erm.. kalau tak ada apa-apa lagi. saya gerak dululah.”

Dia seperti tersentak dan hanya menganggukkan kepala.

“ Erk. Sure.”

Aku terus berlalu meninggalkan dia. Sekali lagi aku tersenyum. Alahai. Kenapa aku rasa happy semacam je tengok dia tadi? Okay! Enough! Sekarang jom balik. Nak shopping pun tak ada mood.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience