BAB 2

Romance Completed 14332

“ Mama. Macam mana kalau satu hari nanti akak jatuh cinta? Tapi dia tak tau pun akak cintakan dia.”
Okay. Mama dah pandang aku pelik. Aku pula tarik sengihan panjang.

“ Kenapa tanya macam tu? Kamu dah jatuh cinta ke?”

“ Tak. Kalau akak kata. Mana la nak tau kan?”

“ Just terus terang je la.”

Aku terdiam. Mama cakap senang. Cuba kalau aku bertepuk sebelah tangan. Buat malu je beb.

“ Kamu nak beli apa-apa lagi tak?”

Aku terus menggelengkan kepala. Teman mama shopping dah dekat 2 jam tapi hanya satu barang je mama aku beli. Adoi. Sabar je la.

“ Mama pergi bayar yang ni. Kamu tunggu mama dekat kereta.”

Selepas mama aku beredar ke kaunter, aku pun terus berlalu ke kereta. Lepas ni pergi makan dulu lah baru balk. Lapar.

“ Cik boleh tolong saya tak?”

Aku yang baru nak buka pintu kereta tersentak selepas ditegur. Pantas aku menoleh ke belakang.

“ Lokman?”

“ Tiqah?”

Kami sama-sama tergelak. Tak sangka boleh terserempak dekat sini.

“ Awak nak saya tolong apa?” Soalku ingin tahu.

“ Erk…”

Dia macam serba salah nak cakap tapi bila dia nampak seorang perempuan menuju ke arah kami berdua, dia terus paut bahuku. Aku yang terkejut itu terus terkaku. What?

“ Lokman! Kenapa awak lari tadi?”

Aku tengok perempuan tu. Okay. Siapa pula kali ni? Ya Allah.

“ Kenapa? Saya kejar girlfriend saya tadi.”

Kali ni aku dan perempuan tu sama-sama terlopong. Again?!

“ Erk.. this girl is..”

“ Yes. My future wife. Why?”

Tolong! Mama! Rasa nak pengsan!

“ Saya tak percaya.”

Belum sempat Lokman nak berkata, perempuan tu terus berlalu meninggalkan kami. Aku yang tengok pun dah pening kepala. What happen?

“ Ehem!” Aku berdehem lepas tu barulah pautan pada bahuku terlepas.

Aku jeling dia yang kelihatan serba salah tu. Lepas tu aku mencekak pinggang menunggu jawapan dia. Takkan kali ni jawapan yang sama macam minggu lepas?

“ Sorry. Sorry sebab libatkan awak sekali lagi dalam masalah saya.”

Aku menoleh ke belakang. Takut mama datang. Kalau dia nampak lelaki ni, masak aku nanti.

“ Apa pula kali ni?”

“ Okay. Fine. Sebenarnya perempuan tadi tu adik sepupu saya. Dan Hana tu kawan saya. Mereka berdua dulu suka sangat berkepit dengan saya. Tak mahu lepaskan saya. Sampai mama saya salah anggap. Sampai saya nak ditunangkan dengan perempuan tadi. Tapi saya tolak. Saya tak suka pun. Saya anggap tak lebih daripada seorang kawan. Mujur Hana tu dah menyerah selepas awak berlakon hari tu. Tapi perempuan tadi tu susah sikit. Dia keras kepala. that’s why saya erk..terpaksa mengaku awak girlfriend saya. Okay. Mesti awak ingat saya playboy kan? Terserah. Yang pasti saya single dan tak ada kaitan dengan mereka berdua tu. fullstop!”

Okay. Aku dah separuh ternganga selepas mendengar pengakuan dia tadi. Dan yes, muka dia nampak berserabut saat ini. Macam baru bangun tidur pun ada. Aku tergaru-garu kening aku selepas melihat dia yang serba salah itu.

“ Sorry. Okay saya percayakan awak. Tak apa. Awak Cuma perlukan bantuan kan? It’s okay.”

Tiba-tiba dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada aku. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi. Apa ni?

“ Erk. Boleh tolong tulis nombor phone awak? Erk. Mana tahu saya perlukan bantuan awak lagi ke?” Sampai tergaru-garu kepala dia ketika bercakap tadi. Aku tersenyum kecil.

“ Sure.”

Terus aku tulis nombor aku dan buat missed call. Lepas tu aku serahkan balik telefon kepada dia.

“ Erk..Thanks.”

“ Welcome.”

“ Akak!”

Terus kami berdua menoleh ke belakang. Alamak! Mama! Erk.

“ Ma. Dah habis bayar? Jom balik.”

Tanpa menghiraukan dia, aku terus membuka bonet kereta untuk meletak barang. Lepas tu aku terus buka pintu kereta. Tapi terhenti bila mama pergi jumpa dengan dia. Alamak!

“ Nak ni siapa ye?”

“ Erk.. saya Lokman. Kawan anak makcik.”

Aku menghembus nafas lega. Nasib dia tak mengaku aku ni girlfriend dia. Kalau tidak haru!

“ Oh. Kawan.”

“ Mama. Jom balik. cepat.” Suaraku sebelum mama soal macam-macam.

“ Yelah. Nanti senang-senang datanglah rumah.”

Okay. Mama! Aku tengok dia lantas berikan senyuman kecil.

“ Jumpa lagi. bye.”

“ Okay.”

Dan kini aku terus rasa malu. Mama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience