BAB 7

Romance Completed 14332

“ Hai.”

Aku tersentak. Aku sebenarnya baru sedar daripada koma semalam. Tu pun selepas Lokman balik rumah. Dia tak tahu sepanjang seminggu aku koma aku dengar semua kata-kata dia. Tapi time tu aku tak tahu dia jujur atau lakonan depan mama dia. Tapi, jujur aku mula sayangkan dia dalam diam.

“ Atiqah.”

Aku dah sedar dan nak buka mata aku tapi suara itu bukan suara Lokman. Suara Dila. Ya Allah. Dia nak buat apa?

“ Kenapa kau tak mati je?”

Dadaku dah berdebar kencang.

“ Aku rasa kau patut mati. Menyusahkan aku je untuk dapatkan Abang Lokman.”

Ya Allah. Lokman! Tolong saya! Dia nak buat apa ni?

“ Aku akan buat apa saja asalkan aku dapat Abang lokman!”

Tiba-tiba aku terasa ada tangan memegang leher aku. Lepas tu dia mencekik leher aku. Ya Allah! Aku terus buka mata kerana terkejut dan sakit.

“ Kau..kau nak buat apa?” Soalku dalam suara tersekat-sekat.

“ Aku nak bunuh kau! Kau patut mati!!!”

Arh!! Aku dah tak dapat nak keluarkan suara. Mama! Tolong! Lokman!

“ Dila!”

Terlepas pegangan dia selepas mendengar suara Lokman. Aku dah terbatuk-batuk gara-gara tiada nafas. Nak sesak nafas. Kalau Lokman lambat aku rasa aku dah nak mati. Ya Allah.

“ Abang Lokman.. sa..saya…”

Pang!

Aku terpana. Pipi Dila ditampar Lokman. Muncul pula papa dan mama Lokman. Mama Lokman menghampiriku dan memaut bahuku. Aku membalas pautan itu kerana aku terlalu takut.

“ Ini balasannya sebab kau buat Atiqah hampir mati! Belum puas ke kau menyebabkan dia terjatuh dalam kolam. Sekarang kau nak bunuh dia pula? Manusia jenis apa kau ni ha?” Bentak Lokman dengan muka merah menahan marah.

Aku yang melihat dah kecut perut. Mama. Mana mama. Akak takut.

“ Sampai hati Abang Lokman buat macam ni.”

Air mata dia dah menitis. Tapi tidak mudah untuk meraih semula kepercayaan Lokman ketika ini.

“ Baik kau pergi sebelum aku lapor polis. Aku tak kira.” Tegas tapi pada masa yang sama aku tahu dia sedang menahan marah daripada buat lebih teruk dekat Dila.

“ Fine!”

Aku terkejut melihat Dila menghempas kuat pintu bilik selepas keluar. Aku yang terkejut terus memeluk mama Lokman. Aku trauma. Sangat trauma. Ya Allah.

“ Awak. Awak dah sedar? Awak tak apa-apa kan? Awak okay kan?”

Bertalu-talu soalan yang diaju Lokman pada aku. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa kecederaan pada diriku. Mama Lokman setia mengusap bahuku seraya memberikan aku kekuatan.

“ Ma..mana mama dan papa saya?” Soalku inginkan kepastian.

“ Mereka otw sayang. Jangan takut. Mama ada dekat sini.”

Terkedu lagi. Mama Lokman bahasakan diri dia kepada aku sebagai mama. Layak ke aku? Bukankah aku hanya menyamar jadi girlfriend Lokman dan aku confirm mama dan papa Lokman belum tahu hal ini.

“ Lokman. Mama dan papa awak masih tak tahu ke?” Soalku lagi sambil memandang ke arah dia.

Lokman terdiam dan sesaat kemudian dia mengukirkan senyuman. Paling manis aku rasa senyuman tu.

“ Mereka semua tahu kecuali Dila dan Hana. Dan mereka berdua tidak perlu tahu sebab saya betul-betul sayangkan awak.”

Kali ni aku terdiam terus sampai mama dan papa aku muncul.

“ Atiqah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience