BAB 4

Romance Completed 14332

“ Cuba yang ni pulak.”

Aku pandang dia dengan renungan tak puas hati. Mana taknya bila dah 3 kali aku try baju untuk dipakai Sabtu ni. Tapi ketiga-tiga itu langsung tidak memuaskan hati Lokman. Fed up arh macam ni!

“ Saya dah penat!”

Terus aku duduk jauh sikit daripada dia. Baju kurung moden yang kali ketiga aku cuba ni pun aku belum tukar. Penat sangat. Macam serupa nak pergi majlis korporat je beb. Arh!

“ Atiqah.”

Aku kerling dia dengan pandangan maut. Dia hanya tersengih.

“ I’m sorry. Tapi memang tak sesuai. Saya Cuma nak terbaik untuk girlfriend saya ni je.”

Aku merengus geram.

“ Saya tahu. Saya memang tak sesuai untuk pakai apa-apa je. Saya ni tak cantik. Kecik pula tu. Semua tak sesuai.”

Okay. Tetiba nak emosional ni dah kenapa.

“ Tak. Saya tak cakap macam tu. Awak silap. Awak cantik. Awak comel. Even kecik tapi awak dah berjaya menambat hati saya.”

Aku terus pandang dia selepas dia berkata demikian. Dia tersedar lantas menggelengkan kepala.

“ Erk. Maksud saya awak wanita yang lain daripada yang lain. Erk.. tu maksud saya.”

Aku tersenyum dalam diam. Dia cuba nak mengelak. Alahai. Comel je reaksi dia kali ni.

“ Okay. Ini last. Tapi biar kali ni saya yang pilih.”

“ Okay-okay. Saya ikut je.”

Aku terus ke arah baju-baju kurung dan jubah perempuan. Aku tengok tapi tak ada yang berminat. Last-last tangan aku tarik pada satu jubah hitam yang mempunyai labuci di tangan dan dada itu. okay. Perfect. Selendang pula kita ambil warna merah hati. Okay cun!

“ Saya cuba yang ini.” Ujarku pada dia lantas masuk ke bilik persalinan.

Selepas 5 minit bersiap, aku keluar dan menunjukkan pada dia.

“ Okay tak?” Soalku lantas melihat diriku sekali lagi.

“ Awak?”

Aku terus mendongak selepas tiada sahutan. Dan aku terkejut tengok dia macam terpana melihat aku. okay. Teruk sangat ke?

“ Lokman!” Panggilku geram.

“ Ya. Awak nampak… perfect! Saya suka!”

Nampak senyuman dia, aku pun terus tersenyum. Bagus. Tak perlulah aku bersiap lagi. selesai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience