Rate

Bab 1

Romance Completed 6818

Nada dering yang dari tadi ‘meronta-ronta’ berdering menandakan ada panggilan masuk menjerit-jerit minta di angkat.Isya yang sedang sibuk menyiapkan pekerjaannya terus mengangkat panggilan telefon tersebut.

“ Yes Dato.Ok saya datang sekarang.”Jawab Isya apabila panggilan itu diangkat.Isya terus bergegas ke bilik Dato Azhar yang memanggilnya sebentar tadi.

Isya mengetuk pintu dan masuk kebilik majikannya itu apabila terdengar sahutan masuk dari dalam.Dalam hati Isya sangat berdebar-debar.Jarang majikannya ini memanggil pekerjanya.” Assalamualaikum Dato.Ada apa Dato panggil saya?”Isya memberi salam setelah masuk kedalam bilik itu.

“Waalaikumusalam Isya.Silakan duduk.”Jemput Dato Azhar.Isya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

“Begini Isya saya ada tugasan penting nak bagi kepada awak ni.”terang Dato Azhar.

“Tugasan apa tu Dato?”Tanya Isya untuk mengetahui lebih jelas lagi.

“Awak kenal Dika Azhari?”

“Mestilah saya kenal Dato.Pelakon dan Model yang sedang hangat sekarang ni.” Jawab Isya.’pelakon yang banyak masalah dengan gosip-gosip liar tu…hmmmm’ bisik hati Isya.

Dika Azhari nama yang sedang hangat di dunia hiburan.Lakonannya yang mantap serta menpunyai wajah yang kacak dan badan yang tegap membuatkan semua gadis-gadis diluar sana pengsan.Namun begitu, ada satu perkara yang membuatkan si pelakon kacak ini tidak sempurna iaitu peragai dan gosip liar dia.Sebab itu si Isya ni tidak berapa gemar dengan pelakon seorang ni walaupun pelakon ni anak tunggal kepada majikannya,Dato Azhar.

“Baguslah kamu mengenali anak tunggal saya tu.Macam ni saya sebenarnya risau dengan anak saya tu.Saya rasa awak pun tahu dengan gosip-gosip dia tu…”Dato Azhar berhenti seketika seperti memikirkan sesuatu.Isya hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata majikannya.Nampaknya majikannya pun pening dengan peragai anaknya itu.

“Saya inginkan awak menjadi PA kepada anak saya itu.Kebetulan PA lama dia dah cabut lari.”Dato Azhar menyudahkan ayat dia yang tergantung tadi.Isya yang mendengar ayat terakhir Dato Azhar itu amat la terkejut.Kenapa pula aku yang kena jadi PA mamat ni pulak bisik Isya.

“Tapi kenapa saya pula Dato.Tak ada orang lain ke Dato.Makcik Cleaner ke jadi PA Dika Azhari tu.”Tanya Isya bertubi-tubi sampaikan mak cik cleaner dia cadangkan untuk jadi PA mamat tu.

“Saya rasa awak calon paling sesuai untuk jadi PA Dika.Awak adalah orang yang saya percaya untuk menjaga dan mengubah Dika.”Terang Dato dengan seriusnya.

“Tapi Dato saya tak sesuai untuk jadi PA kepada artis.Saya tak boleh.Dato cari jela orang yang lebih layak Dato.”
“ Tak ada yang lebih layak daripada kamu Isya.Lagi pun kamu pekerja saya yang paling menjaga batas pergaulan dan saya boleh Nampak kamu mampu mengubah anak saya tu.”

“Tak boleh Dato.Memang saya tak boleh.Lagipun kerja PA ni bukannya saya tahu pun macam mana.”Isya sedaya upaya cuba mengelak dengan tugasan ni.

“Saya percaya kamu boleh lakukan.Bukan susah kerja PA tu.Kamu hanya perlu mengikut arahan dia dan menyusun atur jadual untuk Dika.”

“Tapi kerja-kerja saya di sini macam mana pula?”

“Yang tu kamu tak payah risau.Semua kerja kamu saya akan berikan kepada Lily.Tolonglah saya Isya.Dia tu satu-satunya anak saya.Saya nak yang terbaik untuk dia.Dan saya nak dia berubah.Kamu sahaja yang boleh tolong saya.”Pujuk Dato Azhar.Aduhai tak boleh jadi ni kalau sampai boss yang merayu kat staff ni.

“Baiklah Dato.Kalau Dato kata macam tu.Saya terima tugasan ni.”Dengan berat terpaksa Isya menerima juga. Tersenyum lebar muka Dato Azhar apabila mendengar persetujuan Isya.

“Terima Kasih Isya.Terima kasih sebab sudi menerimanya.Baiklah saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tugasan awak.Awak akan berjumpa dengan Dika tapi awak jangan sesekali mengatakan yang awak bekerja dengan saya dan saya yang mencadangkan awak untuk menjadi PA dia.Kalau dia tahu mengamuk dia.Gaji awak disini seperti biasa awak bekerja dan awak juga mendapat gaji daripada Dika.Awak start esok.Esok awak berjumpa dengan Encik Khairul.Dia akan menerangkan awak tentang kerja yang awak perlu buat.”terang Dato Azhar dengan lebih lanjut lagi.

Isya hanya mengangguk tanda faham.”Kalau tak ada apa saya keluar dulu ye Dato.”Isya meminta diri apabila perbincangan sudah selesai.Dia keluar dengan muka masam mencuka mana taknya dia diberikan tugas yang dia paling tak suka.

Dato Azhar tersenyum kerana dia dapat rasakan bahawa Isya dapat menjaga dan mengubah Dika.Dia amat berharap Isya dapat menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin.Dia teringat dengan kejadian tadi dimana seboleh-boleh Isya menolak pelawaan ini.Kalau perempuan lain sudah terkinja-kinja nak menerima tugasan ini.Ya lah menjadi PA kepada Dika Azhari siapa yang tak nak tapi sebaliknya pula dengan Isya.Oleh itu, Dia pasti Isya dapat mengawal anak tunggalnya itu.

Isya menilik dirinya sebelum bertemu dengan boss barunya,Dika Azhari.Tadi dia telah pun berjumpa dengan Encik Khairul sekarang ni dia tengah menungu ketibaan yang berhormat.”Huh!! lama lagi ke.Dari pukul 8 aku tunggu sekarang dah pukul 10 tak muncul-muncul mamat ni.Dasar artis yang bermasalah tak menepati masa betul.”Isya sudah mula bercakap sorang-sorang.Siapa yang tak naik angin kalau dah begitu lamanya menunggu.Dia ingat dia tu apa anak raja ke.Ish menyakitkan hati betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience