Rate

Bab 6

Romance Completed 6818

Isya sudah membuat keputusan untuk berhenti dari kerjanya setelah mendapat panggilan dari emaknya di kampung.Terimbau kembali ketika Isya berbual dengan emaknya di telefon.

“Isya minggu depan balik ye nak.”kata Puan Kamisah,emak Isya.

“InsyaAllah mak..kenapa mak ada buat kenduri ke?”Tanya Isya.

“Haah mak buat kenduri.Kenduri untuk kamu.”Jawab Puan Kamisah.

“Kenduri untuk Isya..Kenduri apa pula mak?”Tanya Isya minta kepastian.

“Kenduri tunang kau la Isya oi.”Jawab Puan Kamisah dengan berlagu sekali.

“Hah!..Mak biar betul mak.”Isya terkejut mendengar jawapan dari Puan Kamisah itu.

“Betullah Isya oi..Takkan la mak nak tipu pula..Hari tu ada orang masuk meminang kau..mak berkenan sangat dengan budak tu..baik pula tu..mak percaya budak tu boleh bahagiakan kau..mak pun terus setuju.”Terang Puan Kamisah.

“Tapi kenapa mak tak tanya Isya..Tak minta persetujuan Isya pun.”Isya meluahkan isi hatinya.

“Hai..kamu dah lupa ke..kamukan pernah cakap dengan mak yang kamu akan setuju siapa pun pilihan mak untuk menjadi suami kamu..kamu kata pilihan keluarga lebih tepat.”Terang Puan Kamisah mengingatkan anaknya itu.Isya memang pernah berkata begitu.Baginya pilihan keluarga lebih menjamin hidupnya dan dia inginkan bercinta selepas nikah.Mungkin ramai yang berkata yang dirinya agak kolot mengenai jodoh namun dia tidak kisah semua itu.Yang penting baginya adalah keluarganya bahagia dengan pilihan mereka semua.

“Saya ingat tu mak..Saya ikut je kata mak..Kalau mak kata baik, baik jugalah kata saya mak.”Putus Isya.
“Kalau macam tu balik tau.Semua persiapan kamu tak payah risau mak dah siapkan dah.Yang penting kamu balik.”Puan Kamisah mengingatkan kembali anaknya itu.

“Baiklah Puan Kamisah.Saya Noor Khalisya Qaisara mengikut perintah.”Seloroh Isya.Puan Kamisah menamatkan panggilan antara Isya kerana ada kerja yang perlu dilakukan.

Isya yang sedang asyik menonton Cerita kegemarannya iaitu Running Man telah ditegur oleh Maya.
“Isya kau pasti ke kau nak berhenti kerja ni?”Tanya Maya .

“Aku pasti Maya.”Jawab Isya pendek.

“Kau tak sayang ke dengan kerja kau ni?”Tanya Maya lagi.

“Sayang memanglah sayang.Tapi nak buat macam mana dah takdir mengatakan yang aku kerja kat situ sampai sini je.”Jawab Isya.

“Bukan takdir tapi kau tu yang bermasalah.”Maya membetulkan fakta.Isya terus membaling bantal kecil yang berada di sebelahnya itu.

“Kau cakap aku yang bermasalah.”Isya sudah membesarkan matanya.

“Yelah..gara-gara kau nak kahwin kau berhenti kerja..Ish tak logik..cuba cerita kat aku kau ada masalah ke kat tempat kerja kau tu.”Maya pelik Isya berhenti kerja kerana ingin berkahwin.Alasan yang tak kukuh langsung.Maya tahu Isya ada sebab lain.

“ Tak ada apa-apa Maya.Kau tolonglah jangan tanya lagi kenapa aku berhenti kerja kalau tak aku tak nak kau jadi pengapit aku.”Ugut Isya.Maya terdiam.

“Mana boleh macam tu.Kan kita dah janji dulu kalau kau kahwin aku jadi pengapit kau.Ok aku tak tanya lagi pasal hal tu.Tapi kau tak nak tau ke macam mana rupa bakal tunang kau tu..kau tak siasat?”Tanya Maya.Isya mengelengkan kepala tanda dia tidak minat.

“Aku serahkan pada keluarga aku..kalau keluarga aku kata baik,baik jugalah kata aku..kalau buruk,buruk jugalah.”
“Kau ni peliklah.Mana ada orang zaman sekarang ni suruh family yang carikan jodoh..Hah! Mana tau bakal suami kau tu cacat..tak pun dah tua ..kau ni jangan terima je..siasat dulu latar belakang bakal suami kau tu..sekarang banyak kes yang keluar dalam berita tu.”Maya memberikan pandangan.

“Kau ni fikir negative sangatlah..Aku yakin dengan pilihan keluarga aku.Takkanlah mak ayah aku nak menantu macam kau sebut tu..Mereka mesti nak yang terbaik dengan untuk aku.Lagipun berkenal,bercinta selepas nikah tu lebih manis tau.”Isya menepis semua pandangan negative sahabatnya itu.Maya hanya mengangguk mendengar kata-kata Isya.Dalam hati dia berdoa agar sahabatnya itu bahagia dengan jodohnya.

“Bro termenung je aku tengok kau ni.”Tegur Khairul disebuah cafe yang sering dikunjungi oleh Dika untuk merehatkan dirinya.

“Mana ada aku termenung..Aku tengah buat kajian dengan watak baru aku ni.”Dalih Dika padahal memang dia tengah termenung mengingatkan seseorang.Dika teringat bagaimana Isya membantu dia dalam menghayati watak lakonan dia semasa Isya menjadi PAnya.Rindu..Ya memang Dika amat Rindu pada PAnya yang agak huru-hara tu.Walaupun huru-hara namun Isya sangatlah comel sekali.

“Kau tak payah nak tipu akulah.Dulu aku nasihat kat kau kejar dia tapi kau tak nak.Tengok sekarang kau dah melepas dah.”Khairul cuba memancing Dika.Dika tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Khairul.

“Apa maksud kau ni Khai?”Dika bertanya pada Khairul.

“Kau tak tau ke hari ni Isya akan bertunang.”jawab Khairul pendek.

“What?!”Dika terkejut dengan berita yang disampaikan oleh khairul.

“Yes..Dia akan bertunang hari ni.Lily yang bagitau aku.Tulah dulu aku pernah suruh kau kejar dia.Cakap kat dia yang kau tu sebenarnya syok kat dia.Tapi sebab ego kau tu Isya dah jatuh pada tangan orang lain.”Dika mengelengkan kepalanya tanda tidak seteju.

“Tak..Isya tak boleh tunang dengan sesiapa pun.Isya milik aku.Aku nak halang majlis tu.Tak terlambat untuk aku meluahkan perasaan aku.Tak terlambat.”Dika terus berlari ke keretanya untuk bergegas ke rumah Isya dikampung.Dika mempunyai alamat Isya dikampung kerana semua maklumat peribadi Isya ada tercatit didalam resumenya.Khairul mengejar Dika lalu menjerit.
“Dika ..kau dah terlambat Dika.”Khairul hanya memandang kereta Dika yang sedang memecut itu.Khairul tersenyum kerana jeratnya mengena.Semoga kau Berjaya Dika.Bisik Khairul.

Isya berdebar-debar kerana tidak sampai beberapa minit lagi Isya akan bertunang dengan lelaki yang dia langsung tidak dikenali.Dia berdoa agar jodohnya akan kekal dan bahagia.Dia serahkan segalanya pada takdir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience