Rate

Bab 3

Romance Completed 6818

Kali ni panggilan yang ke berapa entah Isya malas nak mengira.Terdengar di hujung talian diangkat.
“Hello.”Jawab Dika dengan suara yang seperti bangun tidur itu.

“Assalamualaikum Encik Dika kat rumah lagi ke?Encik lupa ke encik ada photo shoot hari ni?”Isya memberikan soalan bertubi-tubi kepada Dika.Kedengaran keluhan halus dihujung talian.

“Waalaikumusalam..hmmm..so?’’Dika tidak membalas pertanyaan Isya.
“Encik kena datang sekarang juga.Semua orang dah ada Cuma encik je yang tak ada lagi ni.”terang Isya.
“aku tak ada mood nak buat photo shoot tu hari ni.Jadi tolong batalkannya.”

“encik tak boleh macam ni..encik Dika tolongla jangan menyusahkan saya.”pujuk Isya.

“Dah tu kau menyusahkan aku tak apa..kau baca artikel tentang aku hari ni..ni semua gara-gara kau..kalau kau cover aku malam tadi tak adanya berita macam ni keluar.”teking Dika.

“tapi tu memang salah encik pun..yang encik pergi tempat macam tu siapa suruh..tak ada siapakan..encik yang cari masalah sendiri.”jawab Isya.

“ pandai kau menjawab.Aku tak peduli kau cancelkan photo shoot tu..kau fikir dengan apa yang dah berlaku aku boleh sewenang-wenang keluar rumah lepas tu photo shoot..huh..sekarang ni tu masalah kau so you must cancel it now!!”Dika terus mematikan panggilan itu.Isya mati kutu dengan tindakan Dika itu.Nak tak nak terpaksa la dia menebalkan muka untuk membatalkan sesi ini.Huh!!

Isya menjerit sepuas hati didalam kereta.Tak pasal-pasal dia yang kena marah.Teringat kembali kejadian tadi di mana Isya memberitahu bahawa Dika sakit tidak dapat menghadiri sesi bergambar hari ini.Mengamuk sakan semua orang dan yang kena marah si Isya.Semasa Isya ingin pergi dari situ dia terdengar perbualan beberapa orang pekerja disitu.

“Sakit..macam la aku nak percaya.malam tadi boleh pula pergi ke kelab..hmmm..alasan tu semua.”kata pekerja pertama.

“dah keluar berita macam tu takkan dia nak munculkan diri pula..so macam-macam alas an yang diberikan..macam tu la kalau orang dah naik sikit..Kontorversi je banyak prestasi hancur lebur.”kata rakannya.

“Tapi aku kesian kat PA dia tu.Asyik kena buli je aku tengok.PA dia tu punyalah penyabar dengan peragai dia tu.”

“Dia tu untung ada PA yang baik macam tu.Dah la cantik pandai menjaga pemakaian dan pergaulan pula.”Isya yang mendengar hanya tersenyum kerana dia mendapat pujian.Terima kasih kerana memuji.hehehhe.

Jauh betul Isya mengelamun sedar-sedar dia sudah pun berada di kondominium milik Dika.Isya menekan loceng yang disediakan.Beberapa kali menekan loceng tersebut barulah pintu dibuka dari dalam.

“Kau nak apa datang sini?” Dika terus menyerang.

“Assalamualaikum.”Isya memberi serangan balas dengan lembut lagi.

“Waalaikumusalam.”Jawab Dika pendek.

“Encik Dika saya nak tanya encik sayang tak dengan karier encik sekarang ni?”Isya terus bertanyakan soalan.

“kau ni dah kenapa.Datang-datang rumah aku terus tanya soalan yang merepek ni..hmm..”Dika terus berlalu pergi membiarkan pintu rumahnya terbuka.Isya tidak berganjak pun dari tempatnya.Dika memandang pelik.

“Apasal tak nak masuk..masuklah kita bincang kat dalam.”lawa Dika.Isya hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala.
“tak apa encik.Baik kita bincang dekat sini je.Lagipun tak manis kalau kita bukan muhrim duduk berdua-dua didalam rumah.Saya tak biasa nak masuk rumah lelaki.”terang Isya.

“Bukannya kita buat apa pun.”

“Memang kita tak buat apa tapi orang sekeliling yang melihat akan berfikiran bukan-bukan lagi-lagi encik seorang pelakon yang terkenal.Mulalah mulut-mulut tempayan yang tidak boleh di tutup akan mengeluarkan fakta yang tidak benar tanpa unsur periksa dan hasilnya menjadi fitnah.Belum kes malam tadi selesai encik akan hadapi lagi satu kes.Encik nak macam tu?”Panjang Isya memberi ceramah.Ada betul juga kata budak ni, Dika berbisik sendiri.
“So takkan nak cakap kat sini dah macam mesyuarat pintu la rasanya.”

“Saya hanya datang sekejap sahaja.”sambil tersenyum lembut.Situasi begini kena lembut sikit agar apa yang nak dikatakan berjaya diluahkan dan berharap Dika memahaminya.

“Jadi apa yang kau cuba sampaikan ni.Aku tak faham.”Dika mengembalikan topik utama mereka.

“Kalau encik sayang dengan kerjaya encik ni encik ubah peragai encik.Mungkin tak banyak dapat diubah sikit pun jadilah.Setiap apa yang berlaku encik dapat mengawalnya dengan baik dan teratur.Encik tak boleh mengharapakn orang lain.Macam kes malam tadi,memang tu salah encik sendiri sebab encik yang pergi ke sana dan berkepit dengan model Ruby tu.Oleh itu,kalau encik tak nak benda ni berlaku encik tak payah buat lagi.”Terang Isya.

“Alah wartawan tu semua kaki jaga tepi kain orang.”Dika cuba membelakan diri.

“Encik Dika jangan nak tegakkan benang yang basah.Wartawan buat tu semua dah memang kerja mereka.Itu periuk nasi mereka lagipun mereka takkan mengeluarkan artikel sesuka hati tanpa ada bukti.”Dika terdiam mendengar bicara Isya.Apa yang dikatakan Isya semuanya benar.

“Boleh saya teruskan?”Isya meminta izin dahulu sebelum meneruskan kata-katanya.Dika mengizinkan sahaja.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini,Setiap perkara yang berlaku encik perlu selesaikannya sendiri kalau encik tak selesaikan sendiri akan datang akan bawa masalah pada diri encik juga.”

Dika pening mendengar apa yang dikatakan oleh Isya.Isya tersenyum memahami yang Dika masih tidak faham.
“Macam ni maksud saya,pagi tadi sepatutnya encik Dika hadir je photo shoot tu.Ya mungkin Encik Dika takut ditemu ramah pasal malam tadi.Encik Dika datang je buat kerja sebaik mungkin tunjukkan prestasi yang baik buat macam tak ada apa yang berlaku.Datang dengan penuh senyum dan semangat.Memang akan ada bunyi-bunyi sumbang tapi encik buat pekak jelah.Lama-lama orang akan diam dan prestasi kerja pun baik.Jadi ubah la peragai tu sikit-sikit.Cuba buat baik dengan orang sekeliling walaupun macam-macam cerita encik tersebar.Jangan cepat melatah.Saya yakin lama-lama orang akan mula berfikir yang encik tidaklah seteruk yang dikatakan.”terang Isya lebih lanjut.

“Kalau dia orang semua tanya apa yang aku nak jawab?”Dika bertanya.

“Encik Dika jawab secara jujur.Memang orang fikir benda yang encik buat dah salah dan encik mengaku tanpa berselindung akan dipandang serong.Tapi encik tahu tak orang yang jujur tu orang yang dipandang tinggi kerana mereka berani untuk berlaku jujur.Jadi Encik faham apa yang saya cuba sampaikan ini?”Dika berfikir sejenak.

“Encik Dika fikirlah masak-masak dengan apa yang saya kata kan ini.Saya hanya memberi cadangan sahaja.Jadi apa yang nak saya kata kan semua dah diluahkan.Saya dah tak ada apa-apa lagi jadi saya balik dulu.Assalamualaikum.”Isya terus berlalu pergi.Hatinya lega semua yang ingin diluahkan terluah.Dika menjawab salam itu sambil menghantar pandangan ke arah Isya.Dia terus melabuhkan punggungnya sambil berfikir apa yang dikatakan oleh Isya tadi.

Hampir seminggu Dika terperap di kondonya memikirkan kata-kata Isya.Apa yang Isya katakan amatlah benar.Mengapa dia perlu menjadi seorang pengecut untuk menghadapi masalah yang kecil ini.Ya memang salah dia juga kerana menjejakkan kaki ke tempat itu.

“Aku kena berani menghadapi halangan hidup.Yeay..Mari berjuang!!”jerit Dika.Kalau orang lain dengar mesti ingat yang Dika ni gila.Tak memasal esok keluar lagi dalam surat khabar yang bertajuk ‘DIKA AZHARI SUDAH TIDAK WARAS’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience